Kota Damansara Issues

Pihak PBT Harus Tegas, Ambil Alih Dewan Untuk Kepentingan Ramai

DR.NASIR menyeru agar pihak MBSA harus tegas dan tidak sepatutnya diperalatkan pihak UMNO yang enggan mernyerahkan kunci dewan awam di Kg.Melayu Subang Tambahan."DEWAN KMST adalah untuk kegunaan umum dan tidak seharusnya dimonopoli parti politik UMNO.Pihak penduduk telah meluahkan rasa tidak puashati mereka sejak bulan Mac,2008 yang lalu.Akhirnya atas desakan penduduk KMST ,Ahli Majlis MBSA dan Dr.Nasir, dewan berjaya diambil alih pada .... November,2008 yang lalu.

Read more...

BERITA DARI AHLI MAJLIS PSM

h3. Majlis Bandaraya Shah Alam

Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Sivarajan Ahli Majlis MBSA samada laporan kewangan Majlis serta Bajet tahunan Majlis boleh dimaklumkan kepada penduduk Shah Alam.

Read more...

KRISIS EKONOMI 2009,APA PENYELESAIANNYA ?

"Kilang saya akan tutup,kami dibuang kerja!" "Department saya akan dtutup sebagai langkah penjimatan kos" "Boss suruh kami datang ke ofis, hanya 4 hari dalam satu minggu, katanya tiada kerja ,tiada bisnes" "Sudah dua bulan, saya tidak diberikan kerja OT, adui! mana cukup gaji basic RM 800 ini untuk keluarga saya!"

Kini ramai yang merungut seperti di atas akibat krisis ekonomi yang melanda kita. Ramai yang akan mengelirukan kita dengan memberitahu bahwa perkara krisis ekonomi merupakan perkara biasa ,yang tidak dapat dielakkan.

Read more...

Sewa Perumahan Rakyat PPR Berjaya Dikurangkan !

Pada 7hb.November yang lalu para penghuni rumah PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan perumahan PPR Lembah Subang telah menyampaikan memorandum kepada Menteri Besar Selangor, menuntut agar sewa rumah dikurangkan dari RM 250 ke RM 124 semula .

Read more...

PERAYAAN PONGGAL TANPA AIR, PENDUDUK KG.BUNGARAYA MANGSA PENSWASTAAN AIR

Perayaan Ponggal diraikan oleh masyarakat India untuk mengenang jasa sumber alam seperti matahari,tanah ,sungai yang membolehkan rakyat bertani untuk keperluan makanan. Perayaan yang disambut secara besar-besaran dahulu semasa ekonomi diterajui oleh kegiatan pertanian,masih relevan hingga ke hari ini . Ianya relevan kerana ianya mengingatkan kita mengenai hak setiap insan keatas sumber alam. Sumber alam adalah untuk manusia sejagat untuk kegiatan ekonominya .

Read more...

PENGLIBATAN RAKYAT DALAM PEMBANGUNAN BERSAMA

Saya selalu berpesan dalam setiap ucapan saya bahwa peruntukkan dari Kerajaan Negeri kepada setaip ADUN adalah merupakan hak rakyat semua.Dalam era politik Barisan Nasional dulu,peruntukkan ini diagihkan untuk kepentingan politik semata-mata. Sesiapa yang menjadi tok ampu atau mereka yang menjanjikan kesetiaan kepada ADUN akan diberikan bantuan kewangan ini.Pernah juga kami mendengar cerita bahawa,mereka yang memohon bantuan ini disuruh bentuk cawangan UMNO ,MIC atau MCA terlebih dahulu,barulah wang peruntukkan ADUN ini disalurkan kepada pihak tersebut.

Read more...

ISU BANTAHAN PEMBINAAN CARREFOUR DI KOTA DAMANSARA. PENDUDUK TOLAK KAJIAN OLEH MBPJ !

Pada suatu sesi taklimat yang telah diadakan oleh MBPJ untuk para penduduk yang terlibat dengan isu pembinaan Carrefour in Seksyen 11 Kota Damansara, penduduk menolak kajian yang ingin dijalankan oleh MBPJ.

Read more...

"Siapkan Pasar Pekan Subang Dengan Segera" Dr. Nasir

Dalam sesi dialog yang diadakan bersama penduduk dan penjaja pasar Pekan Subang, Dr.Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara memberitahu bahawa beliau telah mengadakan berbincangan bersama MBSA dan pemaju tapak pasar tersebut Gaya Irama, 3 minggu yang lalu .

Selepas dua tahun terbengkalai sejak tahun 2006, kini pemaju memberikan kepastian bahawa pasar akan dibina dalam masa 10 bulan. Dr.Nasir memberitahu bahawa beliau dengan bantuan MBSA akan memantau kemajuan kerja pemaju. "Tetapi hari ini nampaknya, kerja masih tidak berjalan lagi, saya amat tidak berpuashati dengan pemaju Gaya Irama!"

Read more...

PKNS Harus Baikpulih Rumah Pangsa

Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara telah mengadakan suatu mesyuarat khas bersama PKNS membincangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk rumah pangsa kos rendah terutamanya di Seksyen 7, 6 dan 4 Kota Damansara.

Pihak PKNS telah memaklumkan bahawa para penduduk masih gagal membayar bayaran penyelengaraan sebanyak RM 20 sebulan seunit. "Amaun tertunggak kini adalah sebanyak

Read more...
Syndicate content