Kota Damansara Issues

Assemblymen echo need for greater transparency

Source: "The Star":http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/4/15/central/3688983&sec=central

PAKATAN Rakyat assemblymen, when asked on their stand on the use of the OSA, focused on the need for caution in the handling of government documents.

“While I support greater transparency and the state itself has initiated discussions with several NGOs under the Coalition for Good Governance to look at a Freedom of Information enactment (FOI), the existing regulations are still in effect,” said Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad.

Read more...

Pusat ICT Rumah Pangsa Kos Rendah Sri Murni, U5 Shah Alam

MPP-Denggi-023_0.jpg

Pada 11hb.April,2009, Dr,Nasir ADUN Kota Damansara telah melawati pusat ICT Sri Murni . Para penduduk telah berusaha untuk mendapatkan sebanyak 10 buah computer daripada sebuah yayasan . Tetapi bilik ICT tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan pendawaian dan punca elektrik yang mencukupi .

Read more...

Rakyat Telah Membuat Pilihan, Hormati Hasrat Rakyat

“Kami telah pun mengundi untuk Eli Wong sebagai wakil rakyat kami, jangan suruh kami memilih sekali lagi”, begitulah pesanan rakyat Bkt. Lanjan dan Kota Damansara kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Merujuk kepada mesyuarat Exco yang akan diadakan pada 15hb.April,2009 untuk menentukan masa depan wakil rakyat Eli Wong, seramai lebih 200 orang telah berkumpul di Bandar Utama hari ini untuk menyampaikan mesej yang jelas in kepada Kerajaan Negeri.

Read more...

Majlis Perundingan Rakyat Kota Damansara

MPR.JPG

Majlis Perundingan Rakyat ke-2 telah berjaya diadakan pada 11hb.April,2009 di Pejabat ADUN Kota Damansara. Sesi ini telah disertai oleh wakil-wakil dari Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Seri Jati, Seri Meranti, PPR Seksyen 8, Gugusan Semarak Seksyen 4, Seksyen 7 , Sepah Puteri Seksyen 5, Gugusan Matahari, Gugusan Melur, D’Villa Avenue, Kg.Selamat, Seksyen 6 ,D’Villa Equesterian, Gugusan Tanjung, Flat Cempaka, Friends of Kota Damansara, Kota Damansara Community Centre dan Hindu Youth Organisation Kota Damansara. Seramai 37 wakil penduduk telah menyertai sesi bertukar fikiran ini.

Read more...

Kemasukan semula Mahathir dalam Umno 'gembirakan' PSM

Source: "Harakah Daily":http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20259&Itemid=1

Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Mohd Nasir Hashim, 'gembira' dan mengalu-alukan kemasukan semula Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno kerana ini akan memberi lebih banyak 'peluru' kepada Pakatan Rakyat untuk terus 'menembak' parti 'reput' itu dan kerajaan.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, berkata kemasukan Mahathir ke dalam Umno pasti akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat mendedahkan kelemahan dan kezaliman yang beliau termasuk dalam krisis Perlembagaan 1993 yang menyebabkan kuasa-kuasa raja Melayu terhakis.

Read more...

Ke Arah Ekonomi Rakyat di Kota Damansara

Dalam era dimana perniagaan biasa diceburi demi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup individu, ADUN Kota Damansara yang berprinsipkan sosialisma ingin memperkenalkan sesuatu yang berbeza. Dunia perniagaan kini mempratikkan kapitalisma, iaitu setiap usahawan atau peniaga berusaha untuk meningkatkan keuntungannya semata-mata. Dia kerap akan gagal untuk menjamin gaji yang munasabah kepada pekerjanya, kerana hanya dengan pembayaran gaji rendah,keuntungan dapat ditingkatkan.

Peniaga fahaman kapitalis juga membelakangkan tanggungjawab nya menjaga persekitaraan.

Read more...

Prestasi 1 tahun Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara, dan deklarasi harta

asset1.JPG

AKTIVITI ADUN KOTA DAMANSARA Mac 2008-Mac 2009 Dr.Mohd.Nasir Hashim

Sejak 8hb.Mac,2009 pusat khidmat ADUN Kota Damansara kerap dikunjungi rakyat Kota Damansara yang ingin mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah umum dan individu. Tidak kurang juga pelbagai kes penyelewengan pentadbiran yang lalu , terutamanya isu mengenai tanah .

Read more...

PENGUMUMAN DARI PEJABAT ADUN KOTA DAMANSARA

Demi membantu warga pekerja yang kehilangan kerja semasa krisis ekonomi ini, Pejabat ADUN Kota Damansara bersedia mendaftarkan mereka. Diantara bantuan yang ditawarkan ialah

Selangor Retrenchment Helpline - pendaftaraan melalui Jobstreet.com untuk mendapatkan kerja baru.

Bantuan oleh Lembaga Zakat Selangor

Bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bantuan untuk memulakan perniagaan

Pohon lot tanah untuk aktiviti pertanian

Bantuan guaman untuk menuntut pampasan henti kerja

Sila isikan borang yang dilampirkan bersama dan hantarkannya ke pejabat kami.

Read more...

Sewa Perumahan Rakyat PPR Berjaya Dikurangkan!

Pada 7hb.November yang lalu para penghuni rumah PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan perumahan PPR Lembah Subang telah menyampaikan memorandum kepada Menteri Besar Selangor, menuntut agar sewa rumah dikurangkan dari RM 250 ke RM 124 semula .

Selama beberapa tahun sewa rumah PPR sememangnya ditetapkan pada RM 124 sebulan satu rumah .Tetapi tiba –tiba sewa ini dinaikkan kepada RM 250.00 .Malangnya juga kenaikan ini berlaku sebaik sahaja Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan di Selangor .

Read more...

Sumbangan Bag Sekolah & Kasut

!/files/images/beg-sekolah.jpg!

Pada 11hb.Disember,2008 Pejabat ADUN Kota Damansara telah mula mengedarkan sebanyak 400 beg sekolah bersama pakej stationery dan kasut sekolah kepada warga Kota Damansara yang berpendapatan rendah. Tempat-tempat yang diberikan,Kg.Melayu Subang,Kg.Melayu Subang Tambahan,Rumah Panjang Kg.Bungaraya,PPR Sek 8,kawasan perumahan sek 7,sek 4,Fasa 3,Bandar Pinggiran Subang, Pangsapuri Subang Hijauan,Pangsapuri Utarid, LGM,Pangsapuri Seri Jati,Mentari,PPR Lembah Subang,Ara Damansara ,Subang Perdana dan Kg.Baru Sg.Buloh.

Read more...
Syndicate content