Nasir Hashim

Terima Kasih, Kota Damansara

Warga Kota Damansara yang di hormati. Terima kasih kerana mengundi untuk perubahaan dalam Pilihrnraya Umum ke-12 yang lepas. Saya mengucapkan terima kasih keatas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menerajui segala pembangunan dan kebajikan di Kota Damansara. Saya berjanji akan berusaha untuk melaksanakan segala perancangan yang di bentangkan dalam manifesto kami demi kesejahteraan bersama. Kota Damansara akan berubah! Selangor akan berubah.

Saya berharap, rakyat Kota Damansara akan bersama kami membina kuasa rakyat demi memperjuangkan suatu system baru yang telus, adil dan saksama.

Dr. Nasir Hashim

Kota Damansara Issues

Kem Belia Cuti Sekolah

Pejabat ADUN Kota Damansara telah mengadakan suatu program kem untuk para pelajar Kota Damansara dari 22hb.Ogos hingga 23hb.Ogos,2009 di Taman Alam , Kuala Selangor . Untuk memberikan focus aktiviti , maka hanya 30 orang pelajar sahaja telah dipilih menyertai kem ini .

Read more...

Perkhidmatan Bas Awam Harus Dibaiki Segera - Perbincangan Dr.Nasir bersama TRANSIT

Pada 18hb.Ogos,2009 , pihak dari TRANSIT ,sebuah badan bukan kerajaan, telah dijemput untuk mengadakan taklimat dan perbincangan dengan ADUN Kota Damansara. TRANSIT merupakan sebuah NGO yang telah mengkaji secara komprehensif perkhidmatan pengangkutan awam dinegara dan kelemahannya. Pihak mereka juga telah membentangkan kajian dan cadangan mereka kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim pada bulan April , 2009 yang lalu.

Read more...

Sumbangan Skim Mesra Usia Emas, Fasa Kedua Di Kota Damansara

UsiaMas.jpg

Seramai 100 orang waris simati telah menerima bayaran fasa kedua sebanyak RM 1500 seorang di majlis ini anjuran bersama Kerajaan Negeri Selangor , Pejabat Daerah Petaling dan ADUN Kota Damansara yang telah diadakan pada 26hb.Julai,2009.

Read more...

Menghadiri Upacara Kematian Teoh Beng Hock

benghock-funeral.jpg

“Kematian Teoh Boong Hock membuktikan kerakusan sistem pemerintahan BN ,yang begitu terdesak melakukan apa saja untuk merampas kuasa di Selangor “ Dr.Nasir Hashim.

Read more...

Jangan Main Politik, Utamakan Kepentingan Rakyat, Isu Pembinaan Carrefour Berlanjutan

carrefour.jpg

Pada 8hb.Ogos, 2009 sekali lagi Dr.Nasir bersama dengan penduduk Kota Damansara telah menyatakan bantahan mereka terhadap pembinaan Pasaraya Carrefour, berhampiran dengan sekolah dan rumah.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) yang pada awalnya mengeluarkan lesen kepada Carrefour untuk membina pasaraya besar di Kota Damansara menolak tanggungjawabnya kepada Kerajaan Negeri Selangor pula. KPDNHEP menyuruh Kerajaan Negeri membatalkan kebenaran pembangunan yang telah diberikan kepada Carrefour oleh MBPJ.

Read more...

Persatuan Penduduk Mutiara Subang Menyambut Ulangtahun Ke-10

Mutiara-Subang.jpg

Pada 8hb.Ogos, 2009 , Dr.Nasir ADUN Kota Damansara menghadiri majlis Jamuan Ulangtahun 10 tahun Persatuan Penduduk Mutiara Subang yang telah diadakan ditaman permainan taman tersebut . Penduduk sedang mengumpul duit untuk membina satu Dewan terbuka yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan majlis keramaian .Dr.Nasir akan berusaha untuk membantu penduduk menjayakan projek mereka ini.

Read more...

Apa Sudah Jadi Dengan Geran, Hakmilik Tanah Penduduk Taman Segar? Kenapa MIC Hendak Halang Sesi Dialog?

Tmn-Segar.JPG

Pada 18hb.Julai, 2009, ADUN Kota Damansara, Dr.Nasir Hashim telah turun ke Taman Segar Mahsing untuk mengetahui sendiri status masalah tanah lot perumahan yang sekian lama belum selesai. Dalam sesi dialog ini para penduduk telah mengemukakan masalah tanah mereka yang belum memperolehi hakmilik sahnya.

Read more...

Nasir on TVAntara regarding Teoh Beng Hock

Pls check out Nasir on TV Antara, interview on public institution, TBH Royal Commission with Sivarasa .

Check out: http://www.tvantara.com/v1/video?id=1161

Read more...

Another land grab from the people

Kg.Kerayung, Pandamaran residents cries foul!

KLANG: After the Kg.Buah Pala issue, where the DAP led Pakatan Rakyat government in Penang received the condemnation of the kampung residents, now once again another land grabbing issue is looming in the constituency of DAP State Assemblyman (Exco Kerajaan Negeri Selangor)Ronnie Liu in Pandamaran in Klang.

The people of Kg.Kerayung are urban pioneers, where they cleared the swampy grounds near the sea about 60 years ago. The current residents are already the third generation residing in Kg.Kerayung.

Read more...

Hentikan Pengusiran Peneroka Kg. Buah Pala

Kepada Sdr.Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang

Prof.Dr.P.Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sdr,

Hentikan Segera Pengusiran Paksa Dan Perobohan Rumah Kampung Buah Pala!

Saya difahamkan Kampung Buah Pala, yang merupakan kampung tradisional yang terakhir di Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran oleh pemaju pada 2 Julai 2009.

Read more...
Syndicate content