Warga Kota Damansara yang di hormati. Terima kasih kerana mengundi untuk perubahaan dalam Pilihrnraya Umum ke-12 yang lepas. Saya mengucapkan terima kasih keatas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menerajui segala pembangunan dan kebajikan di Kota Damansara. Saya berjanji akan berusaha untuk melaksanakan segala perancangan yang di bentangkan dalam manifesto kami demi kesejahteraan bersama. Kota Damansara akan berubah! Selangor akan berubah.
Saya berharap, rakyat Kota Damansara akan bersama kami membina kuasa rakyat demi memperjuangkan suatu system baru yang telus, adil dan saksama.
Dr. Nasir Hashim
Pada 3hb.Oktober, 2009, kepimpinan PSM telah turun ke Bagan Pinang menyokong calon PAS yang bertanding dikerusi DUN pada majlis Penamaan Calon. Sepanjang minggu kempen ini, ahli PSM Pusat dan cawangan Negeri Sembilan akan turun kesemua kawasan membantu Pakatan rakyat dalam kempen pilihanraya ini.
29hb.Sept,2009. Batu9, Telok Kemang .
Malam ini kepimpinan Parti Sosialis Malaysia bersama dengan jentera pilihanraya kecil PSM telah bersama kepimpinan PR ,mengalu-alukan pengumuman calon pilihanraya kecil Bagan Pinang , PAS, Zulkefly Mohamed. Sejak tahun 1993 , aktivis PSM telahpun bergiat di ladang –ladang di Negeri Sembilan berkempen untuk pembangunan kemudahan sector ladang dan kebajikan warga pekerjanya .
Ladang –ladang di kawasan Bagan Pinang pernah dilawati beberapa kali oleh PSM semasa kempen tersebut dan juga semasa kempen gaji minima pekerja ladang pada tahun 1999.
Read more...SAMBUTAN HARI HABITAT SEDUNIA 2009 PERUMAHAN UNTUK SEMUA
Sambutan Hari Habitat Sedunia akan diadakan peringkat Selangor anjuran bersama JERIT ( Jaringan Rakyat Tertindas) PSM Parti Sosialis Malaysia dan Penduduk Kg.Papan pada 3hb.Oktober, 2009 jam 2.30 petang di Kampung Papan , Pandamaran , Klang.
Read more...Kementerian Pengangkutan , Jabatan Keretapi dan Syarikat Prasarana kini dalam proses mendapatkan maklumbalas penduduk mengenai cadangan pembinaan laluan LRT sambungan. Cadangan laluan sambungan Kelana Jaya akan bermula dari Stesen Kelana Jaya melalui Subang Jaya dan berakhir di Putra Heights.
Read more...POHON MAKLUMBALAS RAKYAT CADANGAN SAMBUNGAN LALUAN LRT 2KL
Kementerian Pengangkutan , Jabatan Keretapi dan Syarikat Prasarana kini dalam proses mendapatkan maklumbalas penduduk mengenai cadangan pembinaan laluan LRT sambungan. Cadangan laluan sambungan Kelana Jaya akan bermula dari Stesen Kelana Jaya melalui Subang Jaya dan berakhir di Putra Heights.
Read more...
Masalah perumahan penduduk Kg.Bungaraya yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional dan MIC sejak 14 tahun kini akan diselesaikan.
Read more...Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya/Deepavali 2009 DR.NASIR HASHIM (PSM) Anjuran ADUN Kota Damansara & Majlis Perwakilan Penduduk Majlis Bandaraya Shah Alam Zon 18 dan Zon 17 dan Persatuan Penduduk Kampung Melayu Subang Tambahan .
3 hb.Oktober, 2009 12tgh hingga 5 petang di Dataran Kampung Melayu Subang Tambahan
SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MAKLUMAT SILA HUBUNGI , 03 - 6142 1225 PEJABAT ADUN KOTA DAMANSARA.
Read more...
PSM Menyambut Kehadiran Mb ‘sah’ Perak Sdr Nizar Jamaluddin Dan Speaker ‘sah’ Perak Sdr Sivakumar
Lebih seribu hadirin membanjiri dewan Toh Boo Keong pada malam ini menghadiri Majlis Makan Malam Salam perjuangan Parti Sosialis Malaysia di Ipoh Perak. Majlis makan malam tahunan anjuran PSM ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Sdr.Nizar Jamaluddin dan Sdr Sivakumar.
Read more...
Pada pagi ini, melalui sebuah majlis ringkas yang diadakan di Dewan MBPJ, Seksyen 7 Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim telah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada warga Kota Damansara. Pada tahun ini, sumbangan khusus diberikan kepada ibu tunggal, OKU, warga tua dan mereka yang menghadapi masalah kewangan yang rumit .
Read more...
Program khas Dr.Nasir sebagai Pengerusi LA21 Majlis Bandaraya Shah Alam.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mampan Sosial MBPJ, Dr.Nasir Hashim telah mencetuskan idea untuk mewujudkan suatu suasana Bandaraya yang mengalakan perkembangan minda kanak-kanak. Persekitaran amat mempengaruhi cara hidup dan perkembangan generasi muda. Beberapa persoalan boleh ditimbulkan mengenai kemudahan infrastruktur disesebuah Bandaraya hari ini. Adakah ianya selamat untuk kanak?
Read more...