Dalam sesi dialog yang diadakan bersama penduduk dan penjaja pasar Pekan Subang, Dr.Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara memberitahu bahawa beliau telah mengadakan berbincangan bersama MBSA dan pemaju tapak pasar tersebut Gaya Irama, 3 minggu yang lalu .
Selepas dua tahun terbengkalai sejak tahun 2006, kini pemaju memberikan kepastian bahawa pasar akan dibina dalam masa 10 bulan. Dr.Nasir memberitahu bahawa beliau dengan bantuan MBSA akan memantau kemajuan kerja pemaju. "Tetapi hari ini nampaknya, kerja masih tidak berjalan lagi, saya amat tidak berpuashati dengan pemaju Gaya Irama!"
Read more...Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara telah mengadakan suatu mesyuarat khas bersama PKNS membincangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk rumah pangsa kos rendah terutamanya di Seksyen 7, 6 dan 4 Kota Damansara.
Pihak PKNS telah memaklumkan bahawa para penduduk masih gagal membayar bayaran penyelengaraan sebanyak RM 20 sebulan seunit. "Amaun tertunggak kini adalah sebanyak
Read more...