Makan Malam Parti Sosialis Malaysia Perak

dload15sept09-039.jpg

PSM Menyambut Kehadiran Mb ‘sah’ Perak Sdr Nizar Jamaluddin Dan Speaker ‘sah’ Perak Sdr Sivakumar

Lebih seribu hadirin membanjiri dewan Toh Boo Keong pada malam ini menghadiri Majlis Makan Malam Salam perjuangan Parti Sosialis Malaysia di Ipoh Perak. Majlis makan malam tahunan anjuran PSM ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Sdr.Nizar Jamaluddin dan Sdr Sivakumar. Sdr.Nizar dan Sivakumar melaungkan bahawa mereka akan terus berjuang untuk memimpim Kerajaan Negeri Perak sepertimana yang diamanahkan oleh rakyat Perak pada 8hb.Mac, 2009 yang lalu.

dload15sept09-046.jpg

Komrad-komrad PSM juga menegaskan bahawa rakyat perlu digembeling untuk memastikan pilihan rakyat memerintah kembali di Perak . Demi untuk menegakkan kuasa rakyat makan selain daripada pilihanraya , pilihan jalanraya juga harus dipertimbangkan .

Sivarajan