Petaling Jaya Ke Arah Bandar Mesra Kanak-kanak

mesra-kanak-kanak.jpg

Program khas Dr.Nasir sebagai Pengerusi LA21 Majlis Bandaraya Shah Alam.

Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mampan Sosial MBPJ, Dr.Nasir Hashim telah mencetuskan idea untuk mewujudkan suatu suasana Bandaraya yang mengalakan perkembangan minda kanak-kanak. Persekitaran amat mempengaruhi cara hidup dan perkembangan generasi muda. Beberapa persoalan boleh ditimbulkan mengenai kemudahan infrastruktur disesebuah Bandaraya hari ini. Adakah ianya selamat untuk kanak? Dapatkah mereka bergerak dengan bebas dan mudah? Adakah taman permainan mencukupi?

Hasil usaha Dr.Nasir dan Jawatankuasa Mampan Sosial MBPJ, maka baru-baru ini suatu forum telah diadakan khas untuk kanak-kanak . Tujuan forum ini amat menarik dimana, kanak-kanak didorong untuk melontarkan idea membina suatu bandaraya yang mereka ingini. Forum ini mengalakkan partisipasi generasi muda untuk merancang dan membincangkan konsep bandaraya yang menjamin hak kanak-kanak.

Bandaraya yang mampan adalah bandaraya yang ditadbir dengan baik kearah menjamin hak kanak-kanak. PIhak Berkuasa seharusnya memastikan suara dan hasrat kanak-kanak di ambil kira dalam semua pembentukkan polisi, program dan keputusan penting dalam pentadbiran PBT . Dengan usaha ini, ADUN berharap MBPJ dapat ,

- Mengkaji semula polisi pembangunan dan program yang sedia ada
- Memastikan semua pihak yang bertanggungjawab melibatkan diri dalam memastikan Bandaraya mesra kanak-kanak
- Memperbaiki kemudahan infrastruktur yang sedia ada agar ianya selamat ,mampan dan sihat untuk kanak-kanak.
- Melindungi kanak-kanak daripada kejadian jenayah , keganasan dan exploitasi
- Memastikan kanak-kanak menerima kemudahan asas seperti air,kesihatan ,pendidikan ,sistem kumbahan yang mencukupi. Memastikan mereka dapat hidup dalam persekitaraan yang sihat dan tidak tercemar.

Pada 25hb.Julai,2009 hasil forum tersebut dibentangkan terus oleh kanak-kanak sendiri kepada Datuk Bandar MBPJ untuk dilaksanakan oleh beliau.