Kem Belia Cuti Sekolah

Pejabat ADUN Kota Damansara telah mengadakan suatu program kem untuk para pelajar Kota Damansara dari 22hb.Ogos hingga 23hb.Ogos,2009 di Taman Alam , Kuala Selangor . Untuk memberikan focus aktiviti , maka hanya 30 orang pelajar sahaja telah dipilih menyertai kem ini . Selain daripada mempelajari kepentingan menjaga alam sekitar dan menjaga hutan bakau para peserta juga telah melalui beberapa sesi keyakinan diri , public speaking dan pengetahuan am.

Peserta juga berbincang mengenai hubungan kaum dan menganalisa bagaimana sesetengah pihak mengunakan kaum dan agama untuk memecahbelahkan rakyat untuk kepentingan politik.