Pada 18hb.Ogos,2009 , pihak dari TRANSIT ,sebuah badan bukan kerajaan, telah dijemput untuk mengadakan taklimat dan perbincangan dengan ADUN Kota Damansara. TRANSIT merupakan sebuah NGO yang telah mengkaji secara komprehensif perkhidmatan pengangkutan awam dinegara dan kelemahannya. Pihak mereka juga telah membentangkan kajian dan cadangan mereka kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim pada bulan April , 2009 yang lalu. Isu masalah kekurangan bas awam dan perkhidmatan yang amat tidak memuaskan diteliti dan beberapa cadangan penyelesaian juga telah dikemukakan.
Diantara tindakan yang harus dilaksanakan ialah:
- Kerajaan Negeri Selangor harus membentuk suatu Majlis Pengangkutan Awam Selangor
- Majlis ini akan bertindak membawa bersama semua pihak yang berkepentingan iaitu, Kerajaan Negeri, penguatkuasa pengangkutan awam, orang ramai dan pengusaha bas seperti RAPID dan lain-lain
- Mewujudkan Unit Pengangkutan Awam dalam setiap Majlis Bandaraya agar perlaksanaan pembinaan infrastruktur seperti terminal bas dan laluan , perhentian bas dapat diselaraskan .
- Perbincangan dengan pengusaha bas yang sedia ada, agar mereka memberikan perkhidmatan ke laluan yang amat perlu
- Kerajaan Negeri sediakan perkhidmatan ‘feeder bus’ yang dapat mengangkutan penumpang dari taman-taman perumahan sehingga ke terminal bus setempat .
- Feeder bus untuk Kota Damansara
Please download the Powerpoint presentation attached.
| Attachment | Size |
|---|---|
| selangorTransport09.ppt | 2.69 MB |