Kepada Sdr.Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang
Prof.Dr.P.Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Sdr,
Hentikan Segera Pengusiran Paksa Dan Perobohan Rumah Kampung Buah Pala!
Saya difahamkan Kampung Buah Pala, yang merupakan kampung tradisional yang terakhir di Pulau Pinang, sedang menghadapi ancaman pengusiran oleh pemaju pada 2 Julai 2009. Pencerobohan dan pengusiran oleh pihak pemaju akan menyebabkan lebih daripada 65 keluarga di Kampung Buah Pala kehilangan tempat kediaman, dan seterusnya menghancurkan sebuah kampung tradisional yang merupakan warisan budaya yang tidak ternilai!
Kerajaan Negeri Selangor sejak tahun lepas sudah pun mengambil langkah untuk menghentikan semua pengusiran dan perobohan rumah peneroka. Kenapa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berdolak dalih dalam hal ini ?
Saya sangat mengambil berat terhadap perkara ini dan mengesa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan berikut dengan kadar segera:
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang mesti bertindak secara BERANI dalam membela nasib rakyat biasa dan menghalang syarikat kroni berkepentingan sendiri daripada terus mencabuli hak rakyat.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Dr. Mohd Nasir Hashim,
Adun Kota Damansara,
Selangor