PSM memberi sokongan penuh kepada himpunan Mansuh ISA 1 Ogos 2009

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) melancarkan Himpunan Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009. Sidang Akhbar hari ini dihadiri oleh wakil dari PAS, PSM dan PKR. Setiausaha Agung Parti Sosiais Malaysia (PSM), Sdr. S.Arutchelvan semasa membuat ulasan program ini dalam sidang akhbar mengatakan PSM akan memobilisasi massa rakyat untuk menghadiri perhimpunan raksasa ini dan akan memberi sokongan padu kerana program ini telah diendos semasa Kongres PSM di Ipoh pada akhir bulan Mei lalu.Beliau turut mengatakan bahawa tarikh 1 ogos adalah satu tarikh yang signifikan kerana ia adalah tarikh ISA digubal, iaitu 24 jam selepas Darurat 1948 Penjajah ditamatkan pada 31 Julai 1960.Igos 1960 juga adalah permulaan darurat tidak rasmi dalam bentuk ISA dimana ribuan rakyat Malaysia telah ditahan tanpa bicara. Walaupun ribuan telah ditahan namum impak ini adalah kepada jutaan rakyat Malaysia yang sentiasa takut kepada akta zalim ini. Kini 1 ogos 2008, digunakan sebagai tarikh keramat untuk membuat protes raksana menuntut akta ini dimansuhkan dan Kem kamunting ditutup buat selamalamanya.

GMI lancar demo anti-ISA 1 Ogos

Abdul Rahim Sabri | Jun 22, 09 4:23pm Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini secara rasmi mengumumkan perhimpunan besar-besaran mendesak penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 Ogos ini.

Pengerusi NGO itu Syed Ibrahim Syed Noh berkata, agenda program pada hari tersebut belum diputuskan lagi dan dijangka akan diketahui menjelang tarikh tersebut.

Tambahnya, mereka mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Lokasi dan masa belum ditetapkan lagi, kata Syed Ibrahim di sidang media GMI di Dewan Pehimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur pagi ini.

Ditanya mengapa penangguhan tarikh himpunan tersebut sebanyak dua kali, pada Mac dan Jun, beliau berkata mereka terpaksa menghadapi pilihanraya kecil - menjelang pilihanraya parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti.

"Tetapi penangguhan tersebut ada manfaat. Kita dapat satu tarikh yang cantik," katanya.

Dalam satu kenyataannya, Syed Ibrahim berkata "tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960."

"Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjara tanpa tempoh menentu.

"Sudah tiba masanya, akta usang itu bukan sahaja dikaji semula tetapi dimansuhkan sama sekali," katanya lagi.

GMI mengatur beberapa program menjelang himpunan besar tersebut, antaranya, siri ceramah di seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum dan petisyen dalam talian.

Sidang media itu turut disertai anggota-anggota gabungan NGO itu, termasuk wakil-wakil PAS, PKR, PSM, Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pusat Wartawan Independen (CIJ).

<

ul>