Matlamat ADUN Sosialis
- Membuka Pusat Khidmat, 3 kali seminggu,dimana anda boleh berjumpa dengan kami membincangkan masalah kawasan.
- Menubuhkan jawatankuasa penduduk 'community councils' disetiap taman,kampong.
- Membentuk Majlis Perundingan Rakyat, mengabungkan semua jawatankuasa penduduk.
- Sesi dialog sebelum dan selepas sidang Dewan Undangan Negeri bersama semua jawatankuasa penduduk.
- Lawatan kawasan, sekurang-kurangnya 2 bulan sekali
- Bergerak menyelesaikan masalah bersama jawatankuasa penduduk.
- Membantu golongan pekerja pelbagai sector,dalam isu gaji, bonus, keselamatan, hak pekerja dan perundangan.
- Satu buku "Suara Rakyat" disediakan, membolehkan sesiapa sahaja mencadangkan isu, persoalan atau cadangan untuk dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri.
- Dialog bersama masyarakat mengenai Pelan Perancangan Bandar dan Desa.
- Mengisytiharkan harta wakil rakyat kepada Majlis Perundingan Rakyat dan ianya dipaparkan di papan kenyataan umum.
- Buletin informasi aktiviti wakil rakyat.
- Wakil rakyat sepenuh masa. Tidak akan melibatkan diri dalam apajua perniagaan atau memegang jawatan dalam badan korporat.
- Sentiasa bersama rakyat memperjuangkan isu rakyat.