
Pada 11hb.April,2009, Dr,Nasir ADUN Kota Damansara telah melawati pusat ICT Sri Murni . Para penduduk telah berusaha untuk mendapatkan sebanyak 10 buah computer daripada sebuah yayasan . Tetapi bilik ICT tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan pendawaian dan punca elektrik yang mencukupi .
Maka pada tahun 2008 , Pejabat ADUN Kota Damansara telah menyumbangkan kos untuk menyiapkan kerja-kerja pendawaian tersebut . ADUN Kota Damansara amat gembira dan berpuashati apabila melihat kanak-kanak Sri Murni dan bermanfaat daripada pusat ini . Perlaksanaan penduduk Sri Murni menubuhkan pusat ICT harus dicontohi . Kewangan dan sumbangan telah digunakan secara bijaksana untuk suatu program yang memanfaatkan pelajar dalam jangkamasa yang panjang.