Rakyat Telah Membuat Pilihan, Hormati Hasrat Rakyat

“Kami telah pun mengundi untuk Eli Wong sebagai wakil rakyat kami, jangan suruh kami memilih sekali lagi”, begitulah pesanan rakyat Bkt. Lanjan dan Kota Damansara kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Merujuk kepada mesyuarat Exco yang akan diadakan pada 15hb.April,2009 untuk menentukan masa depan wakil rakyat Eli Wong, seramai lebih 200 orang telah berkumpul di Bandar Utama hari ini untuk menyampaikan mesej yang jelas in kepada Kerajaan Negeri.

“Eli Wong tidak melakukan apajua kesalahan ,kenapa beliau harus digugurkan sebagai Exco atau ADUN ? “. Sdr.Wong Chin Huat yang berucap dalam majlis ini, menegaskan bahawa jika kepimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk mengugurkan Eli sebagai Exco ataupun ADUN, maka ianya memberikan gambaran seolah –olah apa yang dilakukan oleh individu yang mengeluarkan gambar-gambar sulit Eli Wong adalah sah. Adakah ini yang Pakatan Rakyat mahukan ??

Pn.Maria Chin Abdullah daripada Empower menerangkan bahawa perkara yang berlaku terhadap Eli adalah suatu perbuatan politik yang menghina kaum wanita . Sudah lama ahli politik mengeluarkan kata-kata ‘sexist’ dalam Parlimen ! Perbuatan sedemikian harus dihentikan dengan segera. Perkara keji sebegini ditolak oleh rakyat .

“Saya telah lama mengenali Eli Wong, sejak beliau menjadi aktivis hak asasi manusia di Suaram “ Saya sebagai salah seorang pengasas Suaram amat menghormati keikhlasan beliau memperjuangakan hak asasi manusia ,” kata Dr.Nasir Hashim ADUN Kota Damansara.
Tidak ada gunanya Kerajaan baru Pakatan Rakyat tanpa orang yang berkebolehan . Kerajaan dibentuk oleh individu –individu yang ikhlas,berprinsip serta mempunyai perspektif politik yang betul. Eli Wong merupakan salah seorang yang berprinsip . Kegagalan memilih wakil rakyat yang berprinsip akan menghancurkan hasrat rakyat , sepertimana yang berlaku di Perak .

Justeru itu rakyat Bukit Lanjan ,Kota Damansara dan Selayang menuntut agar Eli Wong dikekalkan sebagai Exco dan juga ADUN Bukit Lanjan .