Majlis Perundingan Rakyat Kota Damansara

MPR.JPG

Majlis Perundingan Rakyat ke-2 telah berjaya diadakan pada 11hb.April,2009 di Pejabat ADUN Kota Damansara. Sesi ini telah disertai oleh wakil-wakil dari Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Seri Jati, Seri Meranti, PPR Seksyen 8, Gugusan Semarak Seksyen 4, Seksyen 7 , Sepah Puteri Seksyen 5, Gugusan Matahari, Gugusan Melur, D’Villa Avenue, Kg.Selamat, Seksyen 6 ,D’Villa Equesterian, Gugusan Tanjung, Flat Cempaka, Friends of Kota Damansara, Kota Damansara Community Centre dan Hindu Youth Organisation Kota Damansara. Seramai 37 wakil penduduk telah menyertai sesi bertukar fikiran ini.

Majlis Perundingan Rakyat Kota Damansara merupakan suatu inisiatif Parti Sosialis Malaysia. Sesi ini bertujuan untuk mengumpulkan jawatankuasa penduduk di komuniti –komuniti di sekitar Kota Damansara . Selaras dengan membina kuasa rakyat, semua jawatankuasa ini akan bersama dalam suatu mesyuarat yang besar , iaitu Majlis Perundingan Rakyat . Majlis ini akan membincangkan dan merancang projek pembangunan untuk Kota Damansara secara keseluruhan serta memberi cadangan kegunaan peruntukkan ADUN.

Diantara cadangan-cadangan yang dikemukakan ialah seperti berikut:

1) Mohon perpustakaan,klinik kerajaan.
2) Gerai PKNS di PPR Seksyen 8,mohon untuk disewa bukan dibeli.
3) JMB(JOINT MANAGEMENT BODY) perlu pemantauan oleh Pejabat ADUN.
4) Penguatkuasa harus bertindak untuk gerai gerai penjaja-penjaja yang berselerak.
5) Pelajar miskin yang tidak mempunyai duit sekolah .Harus berkerja sama dengan PIBG untuk kenalpasti murid tersebut dan salurkan bantuan.
6) Kemudahan asas seperti padang dan etc.
7) Jualan samsu kepada pelajar di kedai kedai.harus dibenteras.
8) Ada ramai golongan professional yang sedia secara sukarela mengadakan kelas pendidikan
9) Kemudahan Pejabat pos
10) Sekolah Rendah Tamil di Kota Damansara.
11) FRIEND kota Damansara telah ditubuhkan,boleh berkerjasama dari aspek yang lain yang boleh menolong penduduk kota damansara dan juga melindungi Hutan Kota Damansara.
12) Mewujudkan suatu Persatuan ulung untuk Kota Damansara dikenali sebagai Persatuan Penduduk Warga Kota Damansara.