Ke Arah Ekonomi Rakyat di Kota Damansara

Dalam era dimana perniagaan biasa diceburi demi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup individu, ADUN Kota Damansara yang berprinsipkan sosialisma ingin memperkenalkan sesuatu yang berbeza. Dunia perniagaan kini mempratikkan kapitalisma, iaitu setiap usahawan atau peniaga berusaha untuk meningkatkan keuntungannya semata-mata. Dia kerap akan gagal untuk menjamin gaji yang munasabah kepada pekerjanya, kerana hanya dengan pembayaran gaji rendah,keuntungan dapat ditingkatkan.

Peniaga fahaman kapitalis juga membelakangkan tanggungjawab nya menjaga persekitaraan. Hutan, sungai, bukit, flora dan fauna dilihat sebagai sumber untuk membuat duit bukannya kekayaan alam sejagat yang harus dipelihara.

Maka, sosialisma memperkenalkan konsep ekonomi yang alternative. Suatu konsep ekonomi yang berpaksikan rakyat bukan keuntungan. Perniagaan yang akan menaikan taraf hidup suatu komuniti bukannya seorang individu sahaja.

Suatu taklimat konsep ekonomi rakyat ini telah diadakan dipejabat ADUN pada 29hb.Mac,2009 yang lalu. Sesi ini yang dihadiri oleh beberapa wakil persatuan penduduk berpendapatan rendah,telah mengkaji program yang telah berjaya dibeberapa Negara. Sdr.Sinnapan dari Peoples Service Organisation telah mengendalikan sesi ini. Komuniti yang berminat memulakan program ini digalakkan membentuk sel-sel (kumpulan) kecil yang dianggotai oleh 5 hingga 8 orang. Sel ini akan memulakan perniagaan kecil dengan bantuan suntikan modal daripada ADUN. Ahli sel ini juga akan menyimpan 10% daripada bantuan modal ini dalam tabung bersama. Apabila perniagaan berkembang, sebahagian keuntungan juga akan dimasukkan dalam tabung yang sama. Simpanan tabung ini boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan mereka atau pun meminjam kepada sebuah komuniti lain yang ingin memulakan programme yang sama.

Justeru itu rakyat berpendapatan rendah dapat bergiat menambahkan pendapatan mereka, pada masa yang sama kegiatan mengendalikan perniagaan sendiri akan memberi keyakinan diri dan seterusnya memperkasakan rakyat.

Selain daripada progam ini, Dr.Nasir dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Pejabat Daerah akan melancarkan projek ‘Serambi Hijau’ Kota Damansara. Projek ini bertujuan mengurangkan belanja penduduk miskin kota yang menduduki Projek perumahan rakyat PPR. Melalui projek ini, penduduk akan dapat menanam sayuran keperluan harian sepanjang serambi unit rumah PPR mereka. Modal untuk membeli pasu,polibag,tanah dan benih akan ditaja oleh ADUN sendiri.

Projek ‘pilot’ akan dimulakan di PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Suatu taklimat khas bersama penduduk Seksyen 8 akan diadakan pada 25hb.April, 2009. Melalui program sedemikian PSM Kota Damansara berharap warga miskin kota dapat berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka. Yang paling penting ialah kegiatan ini dilaksanakan secara solidarity dan bukannya secara individu.Konsep ekonomi solidarity untuk pembangunan bersama adalah prinsip sosialisme.

Sivarajan