*AKTIVITI ADUN KOTA DAMANSARA*
*Mac 2008-Mac 2009*
*Dr.Mohd.Nasir Hashim*
Sejak 8hb.Mac,2009 pusat khidmat ADUN Kota Damansara kerap dikunjungi rakyat Kota Damansara yang ingin mencari penyelesaian kepada pelbagai masalah umum dan individu. Tidak kurang juga pelbagai kes penyelewengan pentadbiran yang lalu , terutamanya isu mengenai tanah . Walaupun Pejabat ADUN mencuba menyelesaikan isu-isu ini ,tetapi ada yang sekadar membuat ‘damage control’ kepada perbuatan pihak pemerintah lampau .
Banyak kes telah dikendalikan ,dan pelbagai aktiviti turun padang dan bertemu rakyat telah dilakukan . Di antaranya adalah seperti berikut ;
h3. Peningkatan Sewa Rumah PPR , Kota Damansara
Oleh kerana keputusan Exco BN dulu , sewa rumah PPR dinaikkan dari RM 124 hingga RM 250. Dalam isu ini, rakyat tidak puashati kerana mereka tidak mampu. Pejabat ADUN kemudian mengadakan perjumpaan dan membentuk jawatankuasa. PSM kemudian membantu mengatur langkah, bantu Jawatankuasa dalam membuat kajian mengumpul maklumat mengenai keadaan sosio ekonomi penduduk .
Susulan daripada itu, satu pertemuan diadakan dengan YB Iskandar, Exco Perumahan. Penduduk juga menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar.
Akhirnya baru-baru ini ,Exco membuat keputusan untuk mengekalkan sewa RM 124 kepada keluarga yang berpendapatan rendah,iaitu yang berpendapatan kurang daripada RM 1500.
h3. Pekan Subang,Kg.Baru Subang
Terdapat banyak isu yang ditangani dan sedang ditangani di kawasan ini. Antara isu-isu adalah permohonan baikpulih jalanraya yang dibuat melalui Pejabat Tanah, Isu pembakaran sampah secara terbuka sampah, isu pemberimilikan tanah , Isu penjaja Pasar pagi dan pemberian Lesen,
Pasar basah yang terbengkalai sejak 2 tahun yang lalu berjaya dimulakan balik. Beberapa mesyuarat telah diadakan dengan MBSA,UPEN,Pemaju Gaya Irama dan para peniaga pasar . Pej.ADUN telah menyeru agar para peniaga membentuk jawatankuasa peniaga supaya tuntutan mereka dan aktiviti lebih teratur.
Sesi dialog dengan penduduk Pekan Subang juga diadakan . Pej. ADUN juga telah membawa Jabatan Alam Sekitar Selangor mengambil tindakan atas suatu isu pembuangan sampah yang berdekatan dengan lot rumah . Kegiatan ini telah berlangsung selama 2 tahun .
h3. Banjir Kg.Baru Sg.Buloh
Saya bersama dua orang Ahli Majlis PSM iaitu Sdr Selvam dari MPPJ dan Sivarajan dari MBSA turut mengistiharkarkan harta besama dengan ADUN PSM iaitu Sdr. Dr. Nasir dan Ahli Parlimen PSM, Sdr. Dr. Jeyakumar. PSM menjadi Parti pertama mengistiharkan harta. (Dokumen-dokumen di bawah). dibawah dimasukkan kenyataan penuh saya sempena dengan upacara pengistiharan harta PSM.Banjir merupakan suatu masalah besar di Kg.Baru ini. Dalam menangani isu ini, mesyuarat pertama telah diadakan dengan MBSA dimana saya mendapat tahu kajian naik taraf system perparitan pada tahun 1999 tidak dilaksanakan. Susulan daripada itu, suatu mesyuarat dengan JPS pada 14hb.Mei 2008 dimana beberapa penerangan projek pembesaran Sg.Hampar di belakang Balai Polis Kg.Baru Sg.Buloh dibincang.
Saya dan aktivis dari PSM sering melawat dan turun padang. Saya juga telah bangkitkan soalan di Dewan Undangan Negeri dan ada membuat permohonan Bajet ke Pejabat Daerah untuk menyelesaikan masalah banjir ini.
Namun demikian, masalah utama yang menghalang kerja kami adalah kilang-kilang haram. Pihak kami telah meminta untuk kilang-kilang ini disusun semula. Sebuah kilang simen juga telah disaman .
PSM bergerak aktif bersama JKKK Kampung Baru untuk menyelesaikan isu ini.
Selain daripada isu banjir ,Pej.ADUN juga dapat menyelesaikan masalah isu takungan IWK di Kg.Bersatu ,Sg.Buloh .Suatu Pusat khidmat rakyat ADUN dimulakan di Kg.Baru Sg.Buloh dan ianya beroperasi dua kali sebulan agar rakyat dapat berjumpa terus dengan ADUN .
Sesi dialog bersama penduduk juga telah diadakan.
h3. Isu rakyat Sekitar Kota Damansara
Saya dan Pasukan kami juga melibatkan dalam pelbagai isu rakyat antaranya
* Memulakan suatu Pusat latihan Komuniti K D’sara,Sek 8 .
* Program Karnival Fiesta Kota Damansara,mencari dana untuk Pusat Latihan tersebut
* Kerja naiktaraf Padang bola Seksyen 7 ,Kota Damansara
* Pembinaan Carrefour Dibantah .Pembinaan dibantah kerana lokasi sekitar rumah dan sekolah . Namun Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek ini. Saya sentiasa bersama penduduk sepanjang perjuangan ini.
* Hutan Simpanan Kota Damansara, dapat memelihara hutan ini daripada ianya terus dibangunkan. Usaha mengazetkan nya semula sedang berjalan.
* Mesyuarat dengan PKNS untuk membincangkan isu penyelengaraan rumah kos rendah dan JMB.
Pengambilan semula Dewan , utk kegunaan rakyat
* Membantu Jawatankuasa penduduk mengambil semula dewan –dewan umum yang telah disalahgunakan utk kepentingan politik parti BN
* Dewan di Kg.Melayu Subang Tambahan diambilalih dengan Bantuan MBSA
* Dewan kini diuruskan oleh Majlis Bandaraya .
h3. Kg.Bungaraya,rumah panjang
Penduduk disini hidup dalam serba kekurangan dan menduduki Rumah transit(rumah panjang) selama 14 tahun. Rumah kos rendah yang dibeli terbengkalai . Untuk mengatasi masalah ini, telah adakan perjumpaan dengan Exco,YB Iskandar. Kini Kerajaan Negeri telah melantik beberapa jururunding untuk mengkaji dan mencari kontraktor untuk menyelamatkan semula rumah terbengkalai ini.
Selain daripada ini, cuba membantu meningkatkan infrastruktur di kampong ini terutamanya paip. Kerja pembaikan paip dijalankan secara gotong royong .
Juga telah memberikan bantuan semasa wabak Chikunkunya melanda kawasan ini. Isu penting adalah tunggakan bil air daripada JKKK pentadbiran dulu yang gagal diselesaikan walaupun telah dikutip oleh mereka .Kini saya telah membantu penduduk membentuk suatu jawatankuasa kampong yang baru .
Perbincangan dengan Exco ,menghasilkan keputusan yang baki tunggakan itu akan diselesaikan sebahagian oleh Kerajaan Negeri dan daripada peruntukkan ADUN sendiri .
h3. U5 Shah Alam
Masalah utama di kawasan ini ialah kegagalan pemaju menyiapkan infrastruktur apabila suatu kawasan perumahan dimajukan . Kawasn ini telah dimajukan secara plot-plot kecil oleh pelbagai pemaju . Kegagalan perancangan yang menyeluruh menyebabkan banyak kemudahan tidak disiapkan dan tergantung.
h3. Isu lain:
* Subang Hijauan masalah dengan pemaju dan JMB.
* Isu lot tanah di Taman Segar –lot rumah penduduk asal dipecah dan dijual kepada orang luar .
* Merge Housing dengan anak syarikatnya ,Juta Permai . Aduan projek terbengkalai Juta Permai.
* Damai Kos Sederhana apartment,Bdr Pinggiran Subang,perbincangan dengan pemaju Juta Permai.Menyelesaikan masalah kemudahan infrastruktur.
h3. Majlis Perundingan Rakyat
Bertujuan untuk mewujudkan suatu jawatankuasa penduduk di komuniti –komuniti di sekitar Kota Damansara . Selaras dengan konsep membina kuasa rakyat
Semua jawatankuasa ini akan bersama dalam suatu mesyuarat yang besar , iaitu Majlis Perundingan Rakyat . Majlis ini akan membincangkan dan merancang segala projek pembangunan dan kegunaan peruntukkan ADUN untuk rakyat . MPR pertama telah diadakan pada 1hb. Mac 2009
h3. Menghidupkan semula projek rumah terbengkalai
Kerjasama dengan Kerajaan Negeri mendapatkan pemaju penyelamat mengambil alih daripada pemaju projek terbengkalai . Pemaju-pemaju kronik Juta Permai (Merge Housing) ,Unique Creations. Kajian kini sedang dijalankan untuk mengambil alih projek terbengkalai kos rendah , U5 dan U4 di Shah Alam
h3. Projek Ekonomi Rakyat
Selain daripada itu, kita banyak cuba membantu rakyat yang tertindas, miskin dari segi ekonomi. Antara focus kami adalah menangani isu kemiskinan bandar . Kami banyak terlibat dalam kes ibu tunggal , gaji rendah , OKU dan sebagainya. Kami juga cuba memperkenalkan program ekonomi secara kecil-kecilan yg dijalankan di PPR untuk membantu rakyat.
Saya juga telah mengenalpasti lot –lot kosong berhampiran dengan perumahan rakyat berpendapatan rendah , PPR yang boleh dijadikan tapak penjaja kecil , dimana keutamaan diberikan kepada penghuni PPR untuk berniaga .
Satu lagi konsep yang dipromosi oleh kami adalah aktiviti ekonomi secara berkumpulan . Keuntungan di masukkan dalam tabung . Tabung bersama untuk membantu individu dan keluarga lain. Konsep ‘people economy ‘ yang dilakukan secara solidariti juga kini telah diperkenalkan. Sesi penerangan pertama akan diadakan pada 29hb.Mac,2009 ini.
Sejauh yang boleh, kami cuba mengelakkan memberi bantuan secara tunai secara kepada individu kecuali kes kecemasan.
h3. Membentuk Jaringan
Isu kawasan mesti tidak boleh diselesaikan secara persendirian .Matlamat utama kami ialah membina Jaringan dan bergerak bersama jaringan Jawatankuasa Penduduk , Persatuan penduduk dan sebagainya. Di kawasan kami, kami bertuah kerana ada kumpulan Friends of Kota Damansara (FOKD). Kami juga cuba mendapatkan golongan profesional untuk membantu komuniti lain. Antara projek Projek Community Forest yang dikendalikan oleh beberapa kumpulan. Selain daripada itu, Juga group ‘Third Force ‘ yang menjadi check and balance kepada kerja ADUN . Membantu membuat kajian , maklumat profesional.
h3. Sesi Suara Rakyat
Adalah satu lagi inisiatif kami dimana kami cuba melibatkan rakyat dalam segala aktiviti dan membantu kami membawa isu mereka ke depan. Antara inisiatif yang telah diambil adalah mendapatkan soalan daripada warga Kota Damansara iaitu soalan –soalan yang ingin dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri. Proses maklumbalas ini dibuat melalui email, sms, surat dan sebagainya. Soalan –soalan ini kemudian dibawa ke Dewan Undangan Negeri dan kita akan memebri maklumbalas setelah mendapat jawapan dari Kerajaan Negeri .
Website
Kita juga sudah membuka satu website: www.kotadamansara.net
Selain daripada itu, selaras dengan arahan Parti PSM, Buletin ADUN Kota Damansara juga dikeluarkan. Buletin pertama telah dikeluarkan pada bulan Ogos dimana kami telah mencetak 10,000 salinan. Kini dalam proses mengeluarkan buletin kedua.
Program lain telah laksanakan adalah Seminar PMR dan SPM di RRIM, Pemberian Beras & Gula kepada kelaurga miskin, Sambutan Tahun Baru Cina Kg.Baru Sg.Buloh dan Beg Sekolah Untuk Murid . Pejabat ADUN juga ada meneliti Tanah Runtuh Subang Murni dan kini memohon bajet dari Kerajaan Negeri untuk memperbaiki tempat tersebut.
Ceramah umum mengenai isu-isu semasa juga telah diadakan.
Buat masa ini Kegunaan Peruntukan ADUN telah digunakan untuk
* Sumbangan kebajikan kepada individu,peralatan,kecemasan dsbnya
* Program Mesra Rakyat- Dialog,Sukan,Karnival,Gotong Royong,hari keluarga Jamuan Perayaan.
* Surau /kuil /lain2– Program anjuran surau ,perayaan
* Pendidikan – Program pendidikan ,seminar .
* Pembangunan – projek kecil
Namun sudah menjadi polisi kami bahawa peruntukan bukan untuk disalahgunakan. Kami juga sentiasa memastikan ada unsur berdikari dikalangan rakyat semasa peruntukan diberi.
*Sekian,*
*Pejabat ADUN Kota Damansara*
| Attachment | Size |
|---|---|
| Surat Akuan Harta Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara | 34.26 KB |
| Surat Akuan Harta Selvam, MPPJ | 35.8 KB |
| Surat Akuan Harta Sivarajan, MBSA | 39.96 KB |
| Surat Akuan Harta S. Arutchelvan, Ahli Majlis Tempatan Kajang | 36.63 KB |