DR.NASIR DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MAMPAN LA 21 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Pada (tarikh). Dr.Nasir ,dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa LA21,bahagian Pembangunan Komuniti.Jawatankuasa ini merupakan suatu badan penting yang dapat merangka dan mencadangkan polisi-polisi pembangunan komuniti untuk dilaksanakan oleh MBPJ secara keseluruhannnya.Pada mesyuarat pertama yang diadakan pada 7hb.Januari,2009 ,Dr.Nasir mencadangkan suatu program diadakan berfokus kepada kanak-kanak untuk mengkaji dan memperbaiki persekitaraan pembangunan mereka."Kanak-kanak merupakan masa depan kita,tetapi perkembangan mereka amat dipengaruhi oleh keadaan sosio-ekonomi keluarga dan persekitaraan tempat tinggal mereka.Disinilah kita perlu mengkaji bagaimana keadaan sosio-ekonomi sesebuah keluarga membentuk corak pemikiran generasi muda.Biasanya anak kaum pekerja bergaji rendah membesar dalam pelbagai kekurangan dan tekanan.Masalah ini harus ditangani secara holistik" Dr.Nasir.