BERITA DARI AHLI MAJLIS PSM

h3. Majlis Bandaraya Shah Alam

Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Sivarajan Ahli Majlis MBSA samada laporan kewangan Majlis serta Bajet tahunan Majlis boleh dimaklumkan kepada penduduk Shah Alam. Pihak pengurusan MBSA memaklumkan bahawa LAPORAN KEWANGAN yang menunjukkan segala pendapatan dan perbelanjaan serta BAJET 2009 MBSA bukanlah dokumen SULIT dan adalah untuk pengetahuan umum."Sebagai pembayar cukai, warga Shah Alam mempunyai hak untuk mengetahui dan menyoal tentang bajet PBT."Justeru itu rakyat Shah Alam dan juga Majlis Bandaraya yang lain diseru untuk menghubungi Ahli Majlis berkenaan untuk mendapatkan maklumat ini.

h3. Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Baru-baru ini majlis bersetuju untuk membentuk suatu pasukan tindakan segera ' Quick Response Team' untuk bertindak atas aduan penduduk dengan kadar yang segera. Ahli Majlis V.Selvam sejak dua Mesyuarat Majlis yang lalu telah mengutarakan isu kelambatan tindakan oleh MBPJ atas aduan penduduk ."Saya sendiri sebagai Ahli Majlis MBPJ menghadapi masalah yang sama apatah lagi penduduk lain.Apabila saya membuat sesuatu aduan,saya selalu diminta rujuk kepada pelbagai Jabatan.Setiap bahagian asyik menolak aduan itu kepada pegawai lain.Pangilan saya disambungkan kepada pelbagai unit tetapi ahkirnya aduan saya tidak selesai.Ini amat mendukacitakan!". Maka pada Mesyuarat majlis yang lepas suatu Quick Response Team telah dipersetujui untuk dibentuk.