PENGLIBATAN RAKYAT DALAM PEMBANGUNAN BERSAMA

Saya selalu berpesan dalam setiap ucapan saya bahwa peruntukkan dari Kerajaan Negeri kepada setaip ADUN adalah merupakan hak rakyat semua.Dalam era politik Barisan Nasional dulu,peruntukkan ini diagihkan untuk kepentingan politik semata-mata. Sesiapa yang menjadi tok ampu atau mereka yang menjanjikan kesetiaan kepada ADUN akan diberikan bantuan kewangan ini.Pernah juga kami mendengar cerita bahawa,mereka yang memohon bantuan ini disuruh bentuk cawangan UMNO ,MIC atau MCA terlebih dahulu,barulah wang peruntukkan ADUN ini disalurkan kepada pihak tersebut.

Kini kuasa rakyat telah menguburkan karenah politik ini sejak 8hb.Mac,2008. Yang penting sekali janganlah diwujudkan sikap sedemikian dikalangan parti-parti Pakatan Rakyat.

Saya sebagai seorang sosialis menentang sekeras-kerasnya pengunaan wang rakyat untuk kepentingan politik. Sebab itulah kita mementingkan penglibatan rakyat dalam merancang bagaimana peruntukkan ini harus digunakan.

Pejabat ADUN kini sedang berusaha untuk membentuk suatu Majlis Perundingan Rakyat (MPR). MPR ini merupakan suatu kongres yang disertai oleh semua wakil komuniti,persatuan penduduk,ketua kampung dan NGO dalam kawasan ADUN Kota Damansara.Di dalam MPR inilah ADUN bersama perwakilan komuniti akan berbincang dan merancang pengunaan peruntukkan untuk Kota Damansara. Dengan cara ini,perbelanjaan dapat dijalankan secara telus serta ia dapat mengelakkan nepotisma.
MPR ini adalah suatu model pemerintahan sosialis.Adalah diharapkan dengan terbentuknya MPR ini demokrasi tulen dan kuasa rakyat akan dibina melalui penglibatan rakyat secara terus dalam pengagihan wang pembangunan rakyat ini – Dr.Nasir Hashim.