Seminar PMR & SPM 'Bersedia Menghadapi Peperiksaan'

Suatu seminar bimbingan untuk pelajar PMR dan SPM telah berjya diadakan di Akademi Hevea,Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada hari Ahad ini. Seramai 120 orang pelajar dari sekitar Kota Damansara telah menghadiri seminar ini yang diadakan khusus untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

Seminar ini, anjuran Pejabat ADUN Kota Damansara telah diadakan,dimana semua kos seminar telah ditanggung oleh ADUN. Seramai enam orang guru yang berpengalaman telah mengupas subjek –subjek utama yang akan dihadapi oleh para pelajar semasa peperiksaan nanti. Suatu sesi motivasi umum juga telah diadakan pada akhir seminar satu hari ini.

Semasa berucap dalam majlis penyampaian sijil kepada para pelajar, Dr.Nasir berkata "Bila anda belajar, jangan setakat menghafal fakta sahaja tetapi lebih focus kepada memahami topic tersebut. Pemahaman keseluruhan adalah lebih bermanfaat semasa menjawab soalan. Ilmu ini sebenarnya berkait antara satu sama lain, pelajar perlu mengaitkan fakta –fakta yang dipelajari agar ianya memberikan suatu gambaran yang lebih jelas."

Seminar diakhiri dengan harapan bahawa semua pelajar akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mereka.