Pembuangan Sampah Secara Haram, Sindiket Di Bongkar!

Dr. Nasir bersama 'team' nya, iaitu Mohan, Selvam (Ahli Majlis Petaling Jaya) dan Sivarajan (Ahli Majlis Shah Alam) telah membuat pantauan terhadap lori-lori yang membuang sampah di suatu kawasan di Ara Damansara, iaitu bekas tapak Kg.Tropicana.

Pembuangan sampah ini telah berlaku selama beberapa minggu dan kini terdapat juga didirikan suatu pondok dipintu masuk tapak ini, membolehkan wakil sindiket ini mengutip wang daripada pemandu lori yang membawa sampah ketempat ini.Selain daripada lori persendirian, lori Alam Flora juga didapati membuang sampah dikawasan ini.

Pada 19hb.Ogos 2008 yang lalu, Sdr.Selvam dan Sdr.Sivarajan telah turun bersama-sama dengan pihak penguatkuasaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam melawat tapak ini. Pada masa itu didapati pihak yang mengendalikan tempat ini cuba menimbus sampah dengan tanah dan meratakan kawasan itu. Pihak MBSA juga memastikan bahawa kawasan pembuangan ini adalah di bawah MBSA bersempadanan dengan MBPJ. Mereka memberikan kepastian bahawa pantauan berterusan akan berlaku dan lori-lori akan disaman apabila membuang sampah disitu.

Pembuangan sampah dikawasan ini harus dielakkan sama sekali kerana kawasan ini berada pada tebing Sg.Damansara. Jika pembuangan ini tidak diberhentikan maka ianya akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.