Suatu sesi dialog diantara penduduk Kg.Melayu Subang dan ADUN Kota Damansara telah diadakan di Dewan MBSA Kg.Melayu Subang pada 27hb.Julai ,2008. Seramai 200 penduduk Kg.Melayu telah menghadiri sesi untuk berinteraksi terus dengan ADUN meluahkan masalah mereka .
Di antara isu kawasan yang dibincangkan adalah seperti berikut:
* Peparitan yang rosak selama 17 tahun ,dimana hakisan tanah keatas menyebabkan longkang sumbat. Sudah lama aduan telah hantar kepada wakil BN tetapi tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini.
* Di Lot 361, longkang sumbat dan air hujan tertakung. Juga ada kedai besi buruk pada persekitaran
* Di Taman Subang Baru ada masalah IWK dimana tiada sistem perbentungan yang sempurna menyebabkan bau busuk. Rakyat tanya kenapa mereka dicaj oleh sedangkan sistem yg disengaraakan oleh IWK tidak berfungsi
* Mencadangkan MBSA untuk menyelesaikan banjir di Kg.Melayu Subang dgn segera memandangkan hari raya semakin dekat dan rakyat tidak ingin kawasan mereka banjir semula.
* Cadangan menwujudkan suatu perpustakaan dan klinik pergigian bergerak / memudahkan penduduk yg susah / atau pusat perkhimatan setempat.
Dr. Nasir memberikan kepastian bahawa ,isu –isu yang dibangkitkan akan diusahakan bersama Ahli Majlis MBSA zon berkenaan iaitu En.Cheong. Sesi dialog diakhiri dengan pemberian sumbangan beras ,gula dan tin susu kepada golongan susah di Kg. Melayu.