Sejak 8hb.Mac, 2008, Dr. Nasir Hashim, ADUN Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah turun padang dengan serta merta menyelesaikan masalah rakyat, Semua isu dan masalah yang di notakan semasa kempen pilihanraya, beliau telah berusaha sebanyak yang mungkin untuk menyelesaikannya selama 100 hari yang pertama ini,
Berikut adalah beberapa pencapaian dan aktiviti Dr. Nasir Hashim sejak 8hb,Mac, 2008 yang lalu sehingga 19hb.Jun,2008,
Sesi dialog dengan penduduk dan lawatan kawasan untuk kenalpasti masalah banjir disekitar Kg.Baru dikaji, Melalui beberapa mesyuarat dengan MBSA,kerja-kerja pembersihan kecil dibuat dapat dilaksanakan, Dr. Nasir juga telah bermesyuarat dengan JPS, Selangor,Pihak JPS telah memaklumkan bahawa kerja pembersihan dan pembesaran longkang dan sungai utama telah diluluskan, Tender sudah dikeluarkan, Dr. Nasir juga akan berusaha mengadakan perjumpaan bersama tuanpunya kilang haram yang didapati telah membina kilangnya, keterlaluan keatas rezab sungai dan longkang, justeru itu mengakibatkan banjir kilat,
Selain daripada itu,melalui aduan Dr. Nasir , isu takung najis IWK dapat diselesaikan di Kg. Bersatu, Kg.Baru Sg.Buloh.
Projek pembinaan Pasar Baru yang terbengkalai selama 2 tahun, kini melalui usaha Dr. Nasir ianya berjaya di mulakan semula, Pemaju,projek Sri Gaya dalam suatu mesyuarat pada 19hb,Jun, 2008 berjanji akan membina blok pasar dulu dalam masa 10 bulan, iaitu pasar akan siap pada bulan April, 2009, “Kita akan mulakan piling yang mengambil masa 4 bulan, selepas itu kerja pembinaan akan bermula dan akan disiapkan dalam masa 6 bulan “, kata wakil pemaju, Dr. Nasir juga berjaya mendapatkan pihak MBSA untuk mengambil alih peyelengaraan pasar sementara, yang telah menimbulkan banyak masalah kepada penjaja pasar, “ Adalah diharapkan dengan pengambil alihan pasar oleh MBSA maka kadar sewa akan dikurangkan dan penjaja dapat berniaga tanpa masalah “ kata Dr. Nasir Hashim,
Suatu lagi kejayaan yang dapat diusahakan oleh Dr. Nasir ialah beliau berjaya mendapatkan lesen untuk penjaja barang kering seramai 115 orang dan penjaja pasar malam, yang selama beberapa tahun dinafikan lesen berniaga di Pekan Subang, “ Kami telah berniaga selama lebih 10 tahun, setiap kali kita pohon lesen,ianya ditolak “ kata wakil Persatuan Penjaja En.Syed, Melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Dr. Nasir pada 19hb Jun,2008 ini ,En.Rosli Pengarah Perlesenan MBSA berjanji akan melesenkan semua peniaga dalam masa satu dua bulan ini,
Dr. Nasir, sebaik sahaja perlantikkannya berjaya mendapatkan pihak MBPJ untuk mengadakan mesyuarat setiap dua minggu bersama beliau, Setiap minggu Dr. Nasir akan hantar satu senarai agenda yang ingin dibincangkan, terutamanya masalah penduduk setempat, Pihak MBPJ akan bertindak terus untuk melaksanakan kerja-kerja dan membuat laporan terperinci semasa mesyuarat tersebut, Mesyuarat ini amat berhasil bagi Dr. Nasir menangani masalah setempat yang dapat deselesaikan dengan segera.
Dr. Nasir,setelah mendengar rungutan masyarakat setempat, terutamanya penduduk D’Villa dan penduduk Gugusan Dedap, Seksyen 11 Kota Damansara, telah mencadangkan supaya penduduk melancarkan suatu demonstrasi didepan tapak pembinaan Carrefour itu, Sejak demonstrasi itu, isu pembinaan Carrefour yang tidak bertanggungjawab berhampiran dengan rumah penduduk mendapat perhatian ramai, Desakan para penduduk dan Dr. Nasir dapat memaksa pihak MBPJ mengeluarkan suatu notis berhenti kerja kepada pemaju tersebut, Sehingga hari ini projek Carrefour masih terhenti, Dalam mesyuarat terakhir bersama Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, pihak Carrefour sendiri telah mencadangkan bahawa hypermarket boleh dibina disuatu tempat yang lain,
Kes Carrefour Seksyen 11 Kota Damansara ini, telah mencetuskan suatu era baru dalam konsep pembangunan di Kota Damansara, Dr. Nasir berjaya menetapkan bahawa semua projek pembangunan yang berlaku harus mendapat persetujuan penduduk sekeliling terlebih dahulu sepertimana yang diperuntukkan dibawah Local Agenda 21,
Isu Hutan Simpanan Kota Damansara dan pembinaan kubur berhampiran rumah penduduk,
Dr. Nasir tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan Hutan Simpanan tersebut, Beliau berjaya membawa isu ini kepada keperhatian Exco Alam Sekitar, YB Elizabeth Wong, Selepas perjumpaan tersebut, Kerajaan Negeri telah berjanji akan mengekalkan semua hutan simpanan dan tiada projek akan dilaksanakan selain daripada kawasan 50 ekar kubur tersebut, Semua perancangan lain di Hutan Simpanan tersebut akan dibatalkan,
Dr. Nasir juga membangkitkan aduan daripada penduduk bahawa tapak pembinaan kubur tersebut terlalu hampir dengan rumah, Melalui perbincangan Dr. Nasir dengan MBPJ beliau, berjaya dapatkan pemaju menambahkan ‘buffer zone ‘ diantara rumah penduduk dan kubur,Perkara ini akan dibicangkan secara lanjut apabila Ahli Majlis Petaling Jaya duduk bersidang nanti,
Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara telah mengadakan suatu mesyuarat khas bersama PKNS membincangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk rumah pangsa kos rendah terutamanya di Seksyen 7, 6 dan 4 Kota Damansara
Pihak PKNS telah memaklumkan bahawa para penduduk masih gagal membayar bayaran penyelengaraan sebanyak RM 20 sebulan seunit, “Amaun tertunggak kini adalah sebanyak,RM 118,300” kata En Mohd.Nasir, Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran PKNS. Dr. Nasir menerangkan bahawa para penduduk enggan membayar kerana mereka dapati pihak PKNS gagal,membuat kerja penyelengaraan dengan memuaskan, Blok –blok tidak di cat dan wujud banyak masalah lain,
Dr. Nasir mencadangkan bahawa PKNS seharusnya memberikan kepastian bahawa semua blok rumah pangsa akan dicat dan dibaikpulih, Mesyuarat tersebut mencadangkan bahawa suatu sesi mesra rakyat anjuran PKNS diadakan demi menerangkan rancangan pembaikpulihan ini, Melalui sesi dialog dan kepastian daripada PKNS, maka penduduk akan berasa lebih selesa untuk menjelaskan bayaran tertunggak penyelengaraan tersebut, Rumah kos rendah Seksyen 4,6,7
Sejak mesyuarat pertama dengan pihak MBPJ telah mengutarakan masalaj lif yang tidak berjalan di PPRT Kos Rendah 18 tingkat di Seksyen 8 Kota Damansara, Perkara ini amat menyusahkan penduduk setempat, Setelah desakan berterusan Dr. Nasir, kini pihak MBPJ telah memastikan bahawa sekurang-kurangnya satu lif berjalan setiap blok, MBPJ akan memantau kerja pihak syarikat penyelengara agar mereka menjalankan tugas mereka, Walaupun Dr. Nasir telah meminta agar semua lif di perbaiki, tetapi kos pembaik pulihan tersebut adalah tinggi, Pihak MBPJ memaklumkan bahawa bajet tambahan perlu untuk melaksanakan tugas ini, dan pihak MBPJ terpaksa menunggu sehingga mesyuarat majlis untuk meluluskan bajet tambahan,
Selain daripada lif, Dr. Nasir juga telah mengadu mengenai unit rumah kosong di PPRT yang terbiar dalam keadaan yang sungguh teruk, Rumah kosong ini menjadi tempat pembuangan sampah pula. “ Apabila kita ada ramai golongan berpendapatan rendah yang memerlukan tempat kediaman, tetapi di PPRT ini terdapat banyak unit rumah yang kosong dan terbiar, kenapa keadaan ini berlaku ? “Ini berpunca daripada isu penyelengaraan, iaitu apabila rakyat melihat lif tidak berfungsi serta keadaan rumah yang terbiar dan dipenuhi sampah, mereka tidak ingin mendudukinya walaupun ditawarkan kepada mereka” kata Dr. Nasir,Pihak MBPJ berjanji akan memperbaiki semua rumah yang sudah ada pemohonnya dengan kadar yang segera,
Sejak tahun 1994, seramai 70 lebih keluarga rumah panjang menunggu tempat kediaman yang dijanjikan oleh pemaju, Pemaju Unique Creations sepatutnya mnyediakan rumah pada tahun 1996, tetapi projek tersebut terbengkalai. Dr. Nasir amat terkilan melihat para penduduk menduduki rumah panjang tersebut,yang sepatutnya suatu rumah sementara tetapi kini sudahpun 14 tahun. Dr. Nasir telah mengadakan mesyuarat bersama Dato’Bandar dan pemaju tersebut, Oleh kerana pemaju tersebut bankrupt,maka Dr. Nasir ingin mencari penempatan di projek lain yang berhampiran. Projek Juta Permai merupakan suatu alternative yang baik bagi penduduk, Dr. Nasir berharap dengan kerjasama pihak bank dan Kerajaan Negeri, maka semua penduduk Kg.Bungaraya Rumah Panjang dapat ditempatkan di rumah baru mereka dengan segera.
Setelah melawati padang tersebut beberapa kali, Dr,Nasir telah mengutarakan cadangan membaikpulih Padang tersebut kepada pihak MBPJ,Dalam suatu mesyuarat pada bulan Mei, 2008, pihak MBPJ telah bersetuju untuk melakukan kerja membaikpulih jika terdapatnya peruntukkan yang mencukupi, Dr. Nasir juga telah mendesak agar projek pembaikpulihan Padang Seksyen 7 ini didahulukan kerana ianya merupakan suatu tempat yang popular dikalangan anak muda. “Oleh kerana padang ini digunakan setiap hari,maka kita perlu menjaga dan menbaikpulihnya. MBPJ berjanji akan memperuntukkan bajet tahun 2009 untuk kerja tersebut,
Kilang plastic yang telah bermaharajalela di Seksyen 7 kini akan menemui ajalnya, Kilang ini beroperasi,langsung tidak bertanggungjawab meletakkan baranganya di merata tempat dijalanraya dan didua buah lot tanah diluar kilangnya. Surau yang berhampiran juga mengalami masalah akibat bunyi bising dan masalah debu, Walaupun pihak MBPJ telah mengeluarkan pelbagai notis amaran, tetapi tuanpunya kilang tersebut, terus melakukan kesalahan yang sama, Dr. Nasir mendesak agar tindakan yang lebih keras harus diambil terhadap kilang ini yang begitu angkuh dan tidak mempertimbangkan kebajikan penduduk sekeliling dan surau, Dalam mesyuarat bersama MBPJ, MBPJ member kepastian kepada Dr,Nasir bahawa lesen perniagaan kilang tersebut akan dibatalkan,
Akibat daripada projek Penebatan Banjir dekat Lapangan Subang Terminal 3 yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, sebanyak lebih 1000 lori telah memungut tanah daripada projek ini dan mencampakkanya dimerata tempat di sekitar Kota Damansara setiap hari, Dr. Nasir telah mengadakan mesyuarat bersama kontraktor projek tersebut Wijaya dan wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Ir.Ng 2 minggu yang lalu, Selepas menunjukkan kawasan-kawasan pembuangan tanah, Jabatan Pengairan Saliran dengan segera mengarahkan notis berhenti kerja kepada semua lori selama satu hari sehingga tapak pembuangan yang sah dilselaraskan,
Hasil daripada tindakan ini, kini pungutan dan pembuangan tanah dari projek tebatan tersebut tidak lagi dilakukan sekitar kawasan pekan Subang, Kg.Melayu dan Kota Damansara, Wijaya juga berjanji akan memperbaiki semua jalanraya yang rosak akibat perjalanan lori yang keluar masuk daripada tapak projek tersebut,
ADUN Kota Damansara telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Tuan Aljunaidi, membincangkan kejadian jenayah yang semakin meningkat di Kota Damansara, Tuan Aljuanaidi memberitahu bahawa, polis masih kekurangan kakiktangan dan balai polis di sekitar Kota Damansara, Dr. Nasir telah mengadakan mesyuarat lanjutan dengan pihak PKNS untuk mendapatkan tapak yang sesuai, Pihak PKNS telahpun mengenalpasti suatu lot dan akan berkerjasama dengan Dr. Nasir untuk meluluskan status tanah tersebut untuk pengunaan balai polis,
Dr. Nasir telah menerima banyak aduan mengenai kejadian gegaran yang kerap oleh penduduk rumah pangsa di Pangsapuri Melati di Ara Damansara.Pihak MBPJ telah mengadakan beberapa kajian geosains untuk menentukan punca gegaran ini,Masalah ini akan terus dipantau untuk mengenalpasti sebab sebenar kejadian gegeran tersebut,
Sebagai suatu program penempatan semula para penjaja kecil, pihak MBPJ telah mendapatkan kerjasama pihak PKNS dan SIC untuk membina gerai dan menjualnya kepada peniaga tersebut, Malangnya kos gerai yang ditawarkan kepada penjaja ialah terlalu tinggi,iaitu RM 58,000. Pihak MBPJ juga telah mengurangkan kos ini kepada RM 53,000 tetapi, perjanjian jual beli asal masih pada harga RM 58,000 dan para pembeli terpaksa membayar ansuran bank mengikut harga itu, Dr. Nasir telah mengadakan mesyuarat khas dengan PKNS dan SIC, Beliau telah memberitahu bahawa, perjanjian patut dipinda ke harga baru RN 53,000. Dr. Nasir juga telah memperolehi pecahan kos pembinaan gerai tersebut dari SIC, Beliau akan mengkaji seterusnya bagaimana, kos gerai dapat diturunkan agar ianya mampu dibeli oleh peniaga kecil.
Berikutan dengan tindakan pemaju untuk mengeringkan tasik di projek Puncak Nusa, rakyat telah menyuarakan bantahan mereka, yang ingin mengekalkan tasik tersebut untuk rekreasi, Dr. Nasir, telah mengarahkan pemaju tersebut untuk mengadakan suatu sesi penerangan kepada para penduduk persekitaraan sebelum melaksanakan projek itu, Sesi penerangan Berjaya diadakan oleh pemaju, Dr. Nasir juga telah mengatur suatu mesyuarat susulan di MBPJ, membolehkan para penduduk menyuarakan bantahan mereka terus kepada pegawai MBPJ yang terlibat,
Suatu lagi sesi dialog akan diadakan, dan Dr. Nasir akan berkerjasama dengan persatuan penduduk untuk mencari jalan bagaimana, tasik itu dapat diselamatkan,
Sekian,
SIVARAJAN ARUMUGAM Setiausaha Khas ADUN Kota Damansara