Pembuangan Tanah Harus Dikawal! Amaran Adun Kepada Projek Tebatan Banjir, LTASS

Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara memberi amaran kepada kontraktor Wijaya Baru yang mengendalikan projek penebatan banjir, supaya jangan membuang tanah dimerata tempat di Kota Damansara dengan tidak tanpa bertanggungjawab. En. Chang Wie Yen Project Manager yang hadir dimesyuarat di tapak projek itu bersama Dr, Nasir memberikan keterangan bahawa, Wijaya hanya membenarkan pembuangan pasir di satu tempat sahaja iaitu, Pekan Subang.

"Mana ada? saya boleh tunjukkan kepada awak sebanyak 20 kawasan dari mana tanah daripada projek ini dibuang tanpa mengambil kira kesan terhadap penduduk sekeliling” tegur Dr. Nasir. Projek penebatan banjir ini adalah suatu projek Kerajaan Pusat dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dilaksanakan berhampiran dengan Terminal 3, Lapangan Terbang Subang. Oleh kerana pembuangan tanah yang tidak dikawal, ianya mengakibatkan kejadian banjir kepada penghuni bersebelahan kawasan tersebut kerana timbunan tanah itu adalah lebih tinggi daripada rumah yang mereka duduki.

Dr. Nasir juga menerima banyak aduan bahawa jalanraya dan longkang pecah akibat perjalanan lori yang begitu banyak dari tapak projek ke beberapa kawasan di Kota Damansara. "Terdapat lebih kurang 1000 buah lori yang memungut tanah setiap hari dari tapak projek "tambah Dr. Nasir.

Pengambilan dan pungutan tanah yang begitu banyak juga mengakibatkan suatu persekitaraan yang berdebu disekitar kawasan Lapangan Terbang dan Taman Subang Perdana. Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah Jurutera Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Ir. Ng. Chee Hock.

Dr. Nasir kemudian membawa kontraktor Wijaya dan Ir.Ng. Chee Hock untuk melawati kesemua tapak pembuangan tanah disekitar Kota Damansara. Setelah melihat dengan sendiri keadaan yang tidak terkawal itu, Ir. Ng Chee Hock dengan serta merta memberikan perintah berhenti bekerja kepada semua lori pungutan sampah.

Projek pungutan sampah dihentikan sehingga, segala tapak pembuangan tanah diselaraskan serta semua jalan yang rosak akibat perjalanan lori diperbaiki. Pembuangan tanah hanya dibenarkan dibeberapa tempat yang dibenarkan sahaja dan kontraktor memberi jaminan bahawa segala kerosakan jalan dan longkang akan diperbaiki.

Sivarajan