PKNS Harus Baikpulih Rumah Pangsa

Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara telah mengadakan suatu mesyuarat khas bersama PKNS membincangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk rumah pangsa kos rendah terutamanya di Seksyen 7, 6 dan 4 Kota Damansara.

Pihak PKNS telah memaklumkan bahawa para penduduk masih gagal membayar bayaran penyelengaraan sebanyak RM 20 sebulan seunit. "Amaun tertunggak kini adalah sebanyak

RM 118,300" kata En Mohd.Nasir, Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran PKNS. Dr. Nasir menerangkan bahawa para penduduk enggan membayar kerana mereka dapati pihak PKNS gagal,membuat kerja penyelengaraan dengan memuaskan. Blok –blok tidak di cat dan wujud banyak masalah lain.

Tetapi, pihak PKNS pula merungut bahawa, oleh kerana penduduk tidak membayar bayaran penyelengaraan maka mereka tiada dana untuk terus melaksanakan kerja baik pulih. "Ini merupakan cerita ayam dengan telur, dimana kedua-dua pihak, pihak penduduk dan pihak PKNS menunggu pihak yang lagi satu bertindak". "Kalau macam ini, masalah tidak akan selesai sampau bila-bila pun!", tambah Dr. Nasir.

Dr. Nasir mencadangkan bahawa PKNS seharusnya memberikan kepastian bahawa semua blok rumah pangsa akan dicat dan dibaikpulih. Mesyuarat tersebut mencadangkan bahawa suatu sesi mesra rakyat anjuran PKNS diadakan demi menerangkan rancangan pembaikpulihan ini. Melalui sesi dialog dan kepastian daripada PKNS, maka penduduk akan berasa lebih selesa untuk menjelaskan bayaran tertunggak penyelengaraan tersebut.

Apabila Dr,Nasir bertanya mengenai kesahihan notis PKNS yang memberi amaran pemotongan air, jika penduduk enggan membayar penyelengaraan, pihak PKNS setuju bahawa mereka tiada kuasa untuk berbuat demikian. Dr. Nasir menegaskan, bahawa pemotongan air tidak seharusnya dilakukan, sebaliknya tindakan proaktif yang lain harus difikirkan untuk mengumpulkan bayaran penyelengaraan daripada penduduk.

Dr. Nasir di Rumah Pangsa Kos Rendah Seksyen 4, PKNS
Kota Damansara