"Siapkan Pasar Pekan Subang Dengan Segera" Dr. Nasir

Dalam sesi dialog yang diadakan bersama penduduk dan penjaja pasar Pekan Subang, Dr.Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara memberitahu bahawa beliau telah mengadakan berbincangan bersama MBSA dan pemaju tapak pasar tersebut Gaya Irama, 3 minggu yang lalu .

Selepas dua tahun terbengkalai sejak tahun 2006, kini pemaju memberikan kepastian bahawa pasar akan dibina dalam masa 10 bulan. Dr.Nasir memberitahu bahawa beliau dengan bantuan MBSA akan memantau kemajuan kerja pemaju. "Tetapi hari ini nampaknya, kerja masih tidak berjalan lagi, saya amat tidak berpuashati dengan pemaju Gaya Irama!"

Para penjaja pasar Pekan Subang telah di paksa keluar dari tapak perniagaan mereka pada awal tahun 2006, dengan jaminan bahawa bangunan pasar akan disiapkan dalam masa 24 bulan. Semua penjaja itu disumbatkan dalam suatu kompleks untuk digunakan sebagai pasar sementara. "Tempat ini sungguh sempit dan tidak sesuai untuk kami berniaga," merungut para Persatuan Penjaja Pasar Pekan Subang .

Projek pembinaan ini merupakan suatu lagi projek penswastaan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor yang dimulakan oleh pemerintahan Barisan Nasional dulu. Perjanjian penswastaan ini pun masih belum di tunjukkan kepada pihak terbabit. "Sememangnya ada sesuatu yang tidak kena dalam perjanjian ini, kenapa pula pemaju melengah-lengahkan projek ini? “ bertanya Dr.Nasir .

Oleh kerana Dato’Bandar MBSA berada diluar Negara menunaikan tanggungjawab Haj nya maka mesyuarat kemajuan kerja pemaju yang sepatutnya diadakan tertangguh. Dr.Nasir member kepastian bahawa beliau akan melakukan sebaik mungkin untuk memastikan Pasar ini bina dengan kadar yang segera untuk kegunaan ramai.

Diantara isu lain yang dibangkitkan oleh para hadirin Pekan Subang ialah ;

a) Keperluan tapak sekolah Cina yang baru,memandangkan SJKC(Subang) kini mempunyai seramai lebih 1800 orang pelajar dan tiada ruang tanah lagi dipersekitarannya untuk berkembang .

b) Isu pemutihan kilang haram dan penukaran status tanah dari pertanian ke perindustrian.

c) Masalah penduduk yang masih belum mendapat geran tanah, walaupun telah menduduki tempat tersebut, bertahun-tahun lamanya .