10 April, 2008 - Pada hari ini, delegasi yang diketuai oleh Dr.Nasir, ADUN sosialis Kota Damansara telah berjumpa dengan Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi. Dr. Nasir telah mengutarakan kebimbangannya terhadap kenaikan kejadian jenayah di Kota Damansara.
ACP Arjunaidi telah memberikan penerangan bahawa, sememangnya Kota Damansara sebagai suatu kawasan yang berkembang pesat,sememangnya akan memperlihatkan kenaikan dalam kes jenayah. Dr.Nasir menekankan bahawa bilangan balai, pondok ataupun bit polis di Kota Damansara amatlah kurang.
Bersetuju dengan komen Dr.Nasir, ACP Arjunaidi menerangkan bahawa, di Kota Damansara sebenarnya tiada tanah lapang untuk pembinaan balai polis. Pihak polis terpaksa mendapat sumbangan pemaju lot kedai untuk menbentuk balai polis. Isu keselamatan penduduk, tidak boleh digadaikan. Dr. Nasir memberi kepastian bahawa, beliau akan menyuarakan isu ketiadaan tapak tanah ini ke Dewan Undangan dan Exco untuk diselesaikan.
Sementara itu, IPD Petaling Jaya akan membina balai polis baru di Dataran Sunway. ACP Arjunaidi juga memberitah bahawa balai polis Sg.Buloh akan dipindahkan ketempat yang lebih sesuai dan mudah digunakan oleh orang ramai.
Dr.Nasir juga mencadangkan, pihak polis mengunakan balai polis bergerak, demi menampung kekurangan balai polis. Sekurang-kurangnya,balai polis bergerak ini boleh ditempatkan dilokasi - lokasi yang mempunyai kejadian jenayah tinggi.
ACP Arjunaidi akhirnya memberikan keyakinan kepada Dr.Nasir bahawa, pihak polis ingin berkerjasama dengan rakyat demi memerangi kes jenayah. Selain daripada melaporkan kes jenayah, rakyat Kota Damansara perlu proaktif memberi cadangan dan menuntut kehadiran pihak polis, peronda ataupun memohon van balai polis bergerak ketempat mereka.
Sivarajan
12 Apr, 2008