Dr. Nasir di Pasar Kampung Baru Subang

Kemarahan peniaga-peniaga dan warga penduduk di Pasar Besar Subang dirasai oleh calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) di DUN Kota Damansara Dr. Nasir Hashim yang bertanding dibawah tiket PKR dalam lawatan beliau ke pasar tersebut pagi ini. Dijangkakan 1000 pengundi melawat pasar ini setiap hari.

Lebih kurang pukul 10 pagi ini satu kumpulan seramai 6 orang termasuk calon Dr.Hasim melawat pasar Kampung Baru Subang untuk berjumpa dengan para pengundi selepas turut bersama dengan sekumpulan penduduk Taman Subang Murni yang mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan mereka awal pagi ini.

Kehadiran Dr.Nasir di Pasar Kampung Baru Subang disambut dengan pelbagai reaksi berbeza. Rata-rata menyambut kehadiran calon berjiwa rakyat ini dengan senyuman manis. Ramai juga datang sendiri kepada Dr.Nasir dan pasukan sosialis yang hadir pagi ini untuk menyatakan sokongan mereka kepada Dr. Nasir dan berharap Dr.Nasir boleh menang dalam pilihanraya kali ini. Balasan kami mudah, cuma rakyat sendiri boleh menetukan masa depan sendiri, Undilah Pembangkang kali ini.

Pasukan Dr.Nasir dikejutkan oleh sekumpulan makcik kaum Cina yang memaki kami. Segala kemarahan mereka berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh ADUN lepas dari BN yang telah menipu dan mengambil-alih tanah pasar asal Kampung Baru Subang untuk kepentingan sendiri. Kehidupan mereka menjadi huru-hara kerana tempat perniagaan mereka telah dirampas.

Pasar sementera yang dibina sekarang terlalu kecil untuk peniaga dan pembeli untuk berurusan dengan selesa. Dr.Nasir sempat melangkah masuk ke pasar untuk merasa dengan sendiri kesusahan warga penduduk. Memanglar pasar ini terlalu sempit dan tidak selesa.

Rupa-rupanya mereka telah salah anggap bahawa kami adalah wakil daripada BN. Setelah dijelaskan bahawa kami adalah daripada PSM oleh Saudara Moon Hui, makcik-makcik minta maaf dan berjanji akan memberikan sokongan 100% kepada Dr. Nasir dan parti pembangkang dalam pilihanraya kali ini. Dr.Nasir pula ingatkan mereka jangan lupa keluar mengundi pada 8hb Mac 08.

Memang benar kemarahan pengundi terhadap BN yang terjemak dalam rasuah dan kronism semakin menaik tidak kira bangsa apa pun. Kehidupan rakyat merana dibawah pemerintahan BN selama 50 tahun. Satu perubahan tulen dicari oleh rakyat, satu perubahan yang benar-benar demi kepentingan rakyat. Dr.Nasir calon Dun Kota Damansara dan Parti Sosialis Malaysia sedia bersama rakyat dalam masa genting ini.

Bilik Gerakan Parti Sosialis Malaysia
DUN Kota Damansara