
Pagi ini, ADUN Kota Damansara bersama pegawai khas ADUN Encik AZIZ, , Ahli majllis Zon 17 Encik James, Pegawai dari Majlis Shah Alam dan kontraktor dari Alam Flora telah melawat kawasan banjir Pasar Pekan Subang. Didapati banjir yang berlarutan selama 3 hari berpunca daripada loji najis IWK yang tersumbat. Air melimpah keluar dari longkang-longkang yang disambungkan terus ke sistem pembentungan najis yang tersumbat. kejadian ini telah menyebabkan pendapatan 70 orang peniaga meosot. Selepas lawatan ADUN ke pasar tersebut pihak IWK dengan serta merta telah menyedut lubang-lubang yang tersumbat dan limpahan air. ADUN juga telah menggesa IWK dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk memantau kawasan pasar setiap bulan agar kejadian ini tidak berulang lagi.