RUMAH BARU UNTUK WARGA MISKIN. PEJABAT ADUN KOTA DAMANSARA BERJAYA MENDAPATKAN RUMAH BARU DIBAWAH PROGRAM BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

 

Rumah baru yang telah dipohon oleh Pejabat ADUN Kota Damansara untuk En.Hamzah Ahmad kini telahpun naik dan hampir siap. Pada bulan November, 2009 yang lalu , Pejabat ADUN Kota Damansara telah mengenalpasti rumah En.Hamzah Ahmad yang terlalu uzur. En.Hamzah merupakan seorang persara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah menduduki rumah kampung berhampiran landasan Subang Airport sejak lebih 20 tahun yang lalu.  En.Hamzah mempunyai seramai 4 orang dan seorang adik OKU.  Rumahnya hanya dibuat daripada kayu  dan beratapkan zinc sahaja.

 

Kini permohonannya berjaya, dan rumah baru batu bata telah hampir 50% siap. Dr.Nasir Hashim dan rombongannya yang telah melawatnya pada hari ini berharap En.Hamzah akan dapat menduduki rumah barunya sebelum Hari Raya  tahun ini.