PENDUDUK KAMPUNG SUBANG EHSAN PERLUKAN JALAN DENGAN SEGERA

 

19hb.Julai, 2010.  Lebih kurang 10 buah rumah di kawasan Kampung Subang Ehsan (melalui jalan Surau Hj.Khalid) menghadapi kesukaran apabila jalan masuk kerumah mereka dipagar oleh tuanpunya tanah . Masalah ini timbul apabila jalan laluan kerumah –rumah ini  terletak pada tanah  persendirian. Selama ini tuanpunya tanah tidak menimbulkan masalah dan membenarkan penduduk lain mengunakannya. Tetapi kini setelah kematian tuanpunya tanah tersebut, anak-anak mereka tidak memberikan kerjasama. Laluan tersebut dipagar. Ini menimbulkan kesusahan kepada penduduk .

Dr.Nasir Hashim ADUN Kota Damansara yang telah melawati kawasan tersebut bersama En.Zainal, Ketua Kampung,Kg.Melayu Subang. Para penduduk telah diminta mendapatkan pelan kawasan dan membuat permohonan untuk mengwujudkan suatu laluan alternative. Laluan alternative yang dikenalpasti berada pada rezab JBA.  Justeru itu kebenaran JBA haruslah diperolehi .

Setelah memperolehi maklumat lanjut daripada penduduk , Pejabat ADUN akan memajukan perkara ini kepada pihak yang berkenaan.