
PEJABAT ADUN KOTA DAMANSARA DAN AHLI MAJLIS MENYAMPAIKAN SUMBANGAN
Pada 16hb.Julai, 2010 yang lalu Rumah Anak Yatim Subang Bestari telah terbakar hangus. Nasib baik tiada kemalangan atau kecederaan berlaku keatas kanak-kanak rumah tersebut . Rumah ini telah diduduki oleh 20 orang murid anak yatim . Mereka kehilangan semua harta benda mereka. Wakil daripada pejabat ADUN Kota Damansara telah melawat mereka pada hari tersebut . Pada masa kini mereka dibenarkan menumpang disebuah rumah di Kampung Melayu Subang .
Dr,Nasir Hashim dan Ahli Majis yang telah melawat mereka pada hari Isnin, 19hb.Julai, 2010 telah memberikan sumbangan tunai untuk membantu keperluan segera mereka. Penjaga mereka Ustaz Hamzah juga diberitahu untuk menyenaraikan segala keperluan sekolah, buku dan lain-lain yang hangus dalam insiden tersebut. Pejabat ADUN akan membantu seboleh yang mungkin untuk meringkan beban anak –anak ini.