18hb.Julai, 2010 – Dr.Nasir Hashim ADUN Kota Damansara bersama Ahli Majlis Zon 18, Sdr.Sivarajan telah bersama penduduk Pangsapuri Orkid, U5, Mahsing , Shah Alam menjalankan program gotong royong. Seramai 100 orang penduduk telah turun pagi-pagi menyertai program ini .
Pejabat ADUN bersama MPP MBSA juga telah menyediakan perkhidmatan kaunter untuk mendaftarkan permohonan Mesra Usia Mas dengan TAWAS. Pengerusi Persatuan Penduduk amat gembira kerana dapat menjemput Dr.Nasir pada kali ini , walaupun program gotong royong ini diadakan setiap tahun .
Diantara pihak yang telah membantu aktiviti gotong royong ini ialah pihak SYABAS , BOMBA dan Alam Flora.