PELANCARAN GERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA (GMPP)

 

IMG_0064.JPG   IMG_0013.JPG  

Bengkel Mahasiswa & Belia di Kota Damansara. 


Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP/ JERIT) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kempen Pendidikan Percuma. Matlamat utama kempen ini adalah untuk memperjuangkan dan mempertahankan hak mendapat pendidikan percuma yang adil untuk semua. Sebagai langkah permulaan GAMP telah mengadakan Bengkel “ Kempen Pendidikan Percuma” di antara kumpulan-kumpulan anak muda dan aktivis mahasiswa  pada 11 Julai  2010 di Dewan komuniti Seksyen 7, Kota Damansara. Seramai lebih 30 orang anak muda yang terdiri daripada kumpulan Pemuda sosialis, KARISMA, GAMIS, KAMI dan LA SALLE IPOH telah menghadiri bengkel ini.Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk berbincang dan berkongsi pandangan antara kumpulan anak muda tentang kerelevanan ‘Kempen Pendidikan Percuma” di Malaysia dan membentuk Jawatankuasa Kempen. Sebulat suara anak muda yang hadir telah menyokong penuh kempen ini dan barisan jawatankuasa telah dibentuk dengan nama “Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)” pada akhir bengkel.