11hb.Julai, 2010. – Pejabat ADUN telah mengadakan satu perjumpaan bersama ibubapa pelajar tusyen di Perpustakaan Komuniti MBPJ di Seksyen 7 Kota Damansara . Seramai 20 orang ibubapa telah menghadiri sesi ini . Sesi ini telah diadakan untuk memaklumkan kepada para ibubapa akan prestasi murid dan juga melaporkan aktiviti kelas tusyen percuma yang telah dijalankan sejak awal tahun ini . Dr.Nasir dalam ucapannya menyeru agar para ibubapa daripada perumahan kos rendah Seksyen 7 untuk berkehadapan merancang dan mengemukakan cadangan aktiviti yang boleh dijalankan untuk kebaikan pelajar dan komuniti Seksyen 7 secara keseluruhan . Pejabat ADUN amat berminat untuk membawa para penduduk mengunakan segala kemudahan dewan komuniti melalui pelbagai aktiviti yang bermanfaat.