Pejabat ADUN juga sejak bulan Mei, 2010 ini telah memulakan program kaunter bergerak di setiap kawasan perumahan di Kota Damansara untuk menyediakan kemudahan mendaftar kepada warga Kota Damansara. Sesi yang sebelum ini telahpun diadakan di PPR seksyen *, Kota Damansara dan Pangsapuri Subang Hijauan .Ianya telah menerima respon yang cukup baik . Sesi seterusnya pula akan diadakan di Pangsa Indah, Subang Idaman , U5 Shah Alam.
Kami menjemput mana-mana persatuan penduduk , JKKK Kampung dan juga badan NGO lain untuk menghubungi kami dan menetapkan suatu tarikh dan masa yang sesuai untuk mengadakan kaunter bergerak ini . Sila hubungi Cik Mariatul di 012 6360651 atau Pejabat 03 6142 1225 .