PROGRAM BALIK SEKOLAH

 

Sejak bulan April, 2010 yang lalu Pejabat ADUN Kota Damansara sedang bergiat untuk mengenalpasti kanak-kanak yang tidak bersekolah di Kota Damansara. Melalui kajian kami , kami amat terkejut apabila mendapati ramai juga kanak-kanak tidak ke sekolah kerana masalah ekonomi keluarga . Kejadian ini kebanyakkannya  berlaku di keluarga kaum ibu tunggal. Oleh kerana kekangan kewangan,  didapati bukan semua anak mereka bersekolah . Keluarga-keluarga ini menghadapi masalah tidak mampu membayar tambang bas, ada juga yang tidak mampu membelikan baju dan peralatan sekolah .

Justeru itu, Dr.Nasir Hashim ADUN KOTA DAMANSARA menetapkan suatu misi untuk memastikan tiada kanak-kanak di Kota Damansara yang tercicir dari sekolah akibat masalah ekonomi sebelum akhir tahun ini. Pejabat ADUN setakat ini telah mengenalpasti dan berusaha untuk memasukkan kanak-kanak tersebut ke sekolah . Pejabat ADUN telah membelikan baju dan keperluan sekolah. Pejabat ADUN juga telah membayar tambang bas atau van sekolah sehingga keluarga tersebut menerima bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pusat Zakat .

 Pejabat ADUN memohon bantuan semua Persatuan Penduduk dan NGO lain di Kota Damansara untuk memaklumkan segera kepada Pejabat kami jika terdapat kanak-kanak yang tidak bersekolah di mana-mana kawasan perumahan di Kota Damansara