Sejak kejadian banjir teruk yang melanda Kg.Melayu Subang, Dr.Nasir Hashim secara berterusan telah mendesak Kerajaan Negeri untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Pada hari banjir tersebut pada bulan April, 2010, Dr.Nasir telah mengunakan peruntukkannya untuk menyediakan makanan dan bantuan kecemasan segera pada ketika itu.
Tetapi memandangkan banjir tersebut melibatkan lebih 500 buah keluarga ,maka satu amaun yang lebih besar diperlukan untuk membantu mangsa . Pada 27 April 2010 Dr.Nasir telah menulis surat kepada YAB Menteri Besar Selangor dan juga kepada semua Exco Kerajaan Negeri Selangor. Surat kedua juga telah dihantar pada 2 Jun 2010 . Hasil daripada desakan yang berterusan, maka Menteri Besar telah bersetuju untuk merujuk perkara tersebut kepada Unit Perancang Ekonomi (UPEN).
Pejabat ADUN, amat tidak berpuashati kerana ianya mengambil masa yang lama. Kini sudah pun 2 bulan selepas kejadian tersebut, masih para mangsa belum menerima apajua bantuan. Beliau akan terus mendesak pihak UPEN dan juga bercadang mengungkitkan soalan mengenai bantuan kecemasan Kerajaan Negeri Selangor di sesi Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung pada bulan Julai, 2010 ini .