Pada 13hb.Jun,2010(Ahad) yang lalu suatu ribut puting beliung yang amat dasyhat telah melanda Kota Damansara. Diantara kawasan perumahan yang terlibat ialah Seksyen 6,7,8,9 dan 10. Kawasan yang paling teruk menerima kesan ribut ialah perumahan PPR Seksyen 8 Kota Damansara. Di kawasan ini lebih 30 gerai penjaja daripada golongan berpendapatan rendah termusnah apabila angin kuat ribut puting beliung merosakkan semua kanopi gerai . Ada juga gerai-gerai yang terangkat terus dan di lemparkan beberapa meter jauh oleh ribut tersebut .
Gerai penjaja Sekyen 8 Kota Damansara merupakan suatu projek khas membantu golongan berpendapatan rendah dari PPR tersebut. Projek itu telah dicetuskan oleh ADUN Sosialis Kota Damansara Dr.Nasir Hashim dengan kerjasama Amanah Iktihar dan MBPJ sejak dua tahun yang lalu . Kerosakan setiap gerai-gerai tersebut dianggarkan dari RM 300 hingga RM 2000.
Dr.Nasir yang telah melawati tapak bencana tersebut pada 13hb.Jun dan juga pada 14hb.Jun, 2010. Pada 14hb.Jun,2010 beliau telah mengadakan suatu perjumpaan segera dengan pihak MBPJ, Pejabat Daerah dan juga pihak akhbar .
En.Tengku Nazaruddin, ketua Bahagian Aduan Awam MBPJ dan wakil Pegawai Daerah telah menghadiri perjumpaan ini . Dr.Nasir juga telah menulis kepada Kerajaan Negeri agar YAB Menteri Besar dapat bertindak segera membantu mangsa bencana ala mini. Dr.Nasir juga meluahkan rasa terkilannya apabila permohonan untuk membantu penduduk Kampung Melayu Subang tidak mendapat respon sehingga kini. Seramai 600 keluarga Kampung Melayu Subang telah mengalami banjir terul pada bulan April yang lalu .
Pejabat ADUN juga dimaklumkan bahawa permohonan bantuan telah dirujuk kepada pihak UPEN untuk tindakan selanjutnya. Pejabat ADUN Sosialis berharap agar para mangsa ribut tersebut terutamanya yang berpendapatan rendah mendapat bantuan segera agar perniagaan mereka dapat dipulihkan .
Pej.ADUN KDsara
14Jun2010