PELANCARAN KELAS JAHITAN KHAS UNTUK WARGA BERPENDAPATAN RENDAH KOTA DAMANSARA .

20hb.Mac, 2010. Kota Damansara. DSCN4103_0.JPG Pada hari ini Dr,Nasir Hashim , ADUN Kota Damansara telah melancarkan kelas jahitan khas . Kelas ini berbeza dengan kelas jahitan komersial kerana ianya khas untuk warga kota yang berpendapatan rendah. Kelas anjuran Pejabat ADUN Kota Damansara ini, diadakan secara percuma. Pihak Kerajaan Negeri telah menyumbangkan sebanyak 5 buah mesin jahit bernilai RM 15,000. Sebagai tambahan Pejabat ADUN juga telah membeli lima buah mesin lagi untuk kegunaan para peserta kelas ini. Sejak sebulan yang lalu Pejabat ADUN telah mengadakan beberapa siri temuduga untuk mengenal pasti para peserta kelas jahitan ini. Dalam ucapannya petang ini , Dr.Nasir menyebut bahawa kelas ini khas kepada mereka yang amat memerlukan pendapatan tambahan demi menampung keperluan masing –masing . Justeru itulah kelas ini diadakan secara percuma untuk para ibu tunggal dan wanita daripada golongan berpendapatan rendah. Dr.Nasir juga menekankan bahawa selepas habisnya kursus jahitan ini, para peserta digalakkan untuk membentuk kelompok kerja masing-masing. Pejabat ADUN pula akan membantu untuk meyumbangkan peruntukkan agar kelompok kerja ini dapat mengembangkan perniagaan mereka dan keuntungan dapat dibahagi-bahagikan diantara mereka. Pada hari ini seramai 30 orang telah ,menghadiri kelas pertama ini. Kelas ini akan dijalankan oleh 3 orang pelatih yang berpengalaman . Kelas yang akan berlangsung setiap hari Sabtu ini diadakan di Dewan Komuniti MBPJ, Seksyen 7 Kota Damansara.