GST CUKAI YANG MEMISKINKAN LAGI RAKYAT MALAYSIA

Ceramah GST (1).jpgPada 3hb.Mac , 2010 yang lalu Pejabat ADUN Kota Damansara dengan kerjasama MPP Zon 18 MBSA telah mengadakan suatu sesi ceramah untuk menerangkan kepada rakyat mengenai implikasi cukai GST kepada rakyat . Rang Undang –undang untuk bacaan yang kedua akan dibentangkan dalam Parlimen pada bulan Mac ini dan kesannya adalah amat hebat terhadap rakyat biasa. Ceramah tersebut telah diadakan di dewan MBSA , Jalan Utarid U5/9 Mahsing . Seramai 50 orang yang hadir untuk ceramah ini telah mendengar penerangan oleh 3 orang penceramah iaitu , Sdri Kohila dari JERIT , Sdr. Rafizi Ramli , Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan ADUN Kota Damansara Dr.Nasir Hashim .