Siasat segera ugutan bunuh: Dr Nasir (Isu Perobohan Dewan Seksyen 4 Kota Damansara)

SINAR HARIAN 1hb.Januari,2010. Siasat segera ugutan bunuh: Dr Nasir

JALAN YONG SHOOK LIN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hasim mahu individu yang menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada Pengarah Unit Aduan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Tengku Nazaruddin Tengku Zainudin diberkas dan dikenakan hukuman setimpal.

Mohd Nasir berkata, pihak polis perlu melakukan siasatan yang adil dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengirim SMS tersebut.

Katanya, tindakan individu terbabit adalah satu perbuatan jenayah sehingga penerima SMS berkenaan bimbang keselamatan dirinya terancam.

“Ini perkara serius, bukannya main-main. Pihak polis perlu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengirim SMS berkenaan.

“Saya pasti, pihak polis tiada masalah untuk mengesan pengirim SMS itu kerana mereka boleh menjejakinya melalui nombor telefon bimbit pengirim SMS berkenaan,” katanya ketika mengulas perkara itu.

SMS yang diterima itu rentetan dari tindakan MBPJ merobohkan dewan di Flat Gugusan Melati, Seksyen 4, Kota Damansara.

Sementara itu, Tengku Nazarudin enggan mengulas lanjut perkara tersebut dan menyerahkan kes berkenaan kepada polis.

Dalam laporan Sinar Harian semalam, Tengku Nazaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui SMS.

Beliau membuat laporan polis setelah meneliti bahawa kandungan SMS yang diterima dari nombor tidak dikenali berbaur ugutan