KARNIVAL HAK ASASI MANUSIA KOTA DAMANSARA 2009

Karnival Hak Asasi Manusia telah julung kalinya diadakan di Kota Damansara pada 13hb.Disember,2009,adalah anjuran Pejabat ADUN Kota Damansara. Karnival ini diadakan sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia Sedunia yang biasanya disambut pada 10hb.Disember setiap tahun. Tujuan carnival ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga Kota Damansara mengenai isu-isu hak asasi manusia. Dr.Nasir ADUN Kota Damansara( PSM) senantiasa menyebut bahawa tugasnya sebagai seorang ADUN adalah untuk membina kuasa rakyat. Rakyat yang tahu dan sedar tentang haknya ialah seorang yang berkuasa dan dapat memainkan peranan yang aktif. Justeru itu lah carnival ini diadakan agar rakyat menerima maklumat mengenai hak asasi manusia serta mengetahui pelbagai kempen menentang pencabulan hak asasi manusia di Malaysia dan juga dunia yang sedang diperjuangkan oleh pelbagai NGO tempatan. Lebih kurang 700 orang telah menghadiri carnival ini. Para hadirin telah dapat peluang untuk mendapatkan maklumat terkini daripada pelbagai NGO hak asasi manusia yang telah membuka gerai di carnival ini. Diantara organisasi yang telah mengambil bahagian ialah Suaram, Empower,Centre for Orang Asli Concerns, Masjid Kota Damansara, Viva Palestine, KOMAS, Saya Anak Bangsa Malaysia .Malaysian Nature Society dan Kempen Bukit Koman. Karnival telah dimulakan dengan seminar khas pendidikan asas mengenai Hak Asasi Manusia . Penceramah pertama ialah Dato’Siva Subramaniam daripada Suhakam ,memberikan penerangan penting kepada para hadirin . Penceramah-penceramah lain dari Empower, Suaram, JERIT dan juga CIJ telah berkongsi maklumat dengan para peserta seminar . Selain daripada pameran oleh gerai –gerai organisasi hak asasi manusia ini, dua buah aktiviti penting yang juga telah diadakan ialah Bengkel Melukis Kartun oleh Zunar, Cartoonkafe persembahan konsert Drum Circle dan Meor

nasirkarniva2.jpg