PAGI ini, Jawatankuasa Kewangan MBPJ telah meluluskan projek membaik pulih padang seksyen 7 Kota Damansara. Padang ini, yang menjadi satu-satunya tempat permainan orang ramai di kawasan perumahan flats kos rendah akan dinaiktarafkan oleh MBPJ dengan peruntukkannya sendiri.Ahli Majlis Zon 3, Sdr Panneerselvam yang turut hadir mesyuarat tersebut menyatakan bahawa padang tersebut juga akan dikenali sebagi Padang Ria Kota Damansara. Projek ini adalah intiatif ADUN Dr.Nasir Hashim dan Sdr Selvam yang mahukan generasi muda melibatkan diri secara dalam bidang kesukanan bagi melahirkan anak muda yang berdisiplin dan cergas.