PEJABAT ADUN DAN AHLI MAJLIS MENDESAK PEMAJU SELESAIKAN MASALAH PENDUDUK SUBANG BESTARI

Penduduk Subang Bestari kini berasa lega apabila aduan mereka terhadap pemaju Juta Permai dan Worldwide mendapat satu penyelesaian selepas ahli majlis A.Sivarajan Zon 18 Kota Damansara bersama MBSA, wakil Pejabat ADUN dan wakil pemaju melawat tapak kawasan yang mengundang banyak masalah kepada penduduk disana.

Beberapa perkara yang dibincangkan semasa lawatan yang diadakan semalam adalah;

a) Kerja jalan, persimpangan yang akan disambungankan ke Persiaran Atmosfera ke Pejabat Daerah baru adalah tugas skop kerja dua orang pemaju iaitu Worldwide dan Juta Permai .
b) Sebahagian jalan tersebut akan dibuat oleh Juta Permai dan sebahagian lagi oleh Worldwide
c) Air yang melimpah daripada parit bersebelahan dengan projek rumah terbengkalai adalah sebabkan oleh laluan yang ditutup oleh Juta Permai akibat kerja jalan .
d) Sebagai penyelesaian sementara , suatu culvert diletakan untuk mengalirkan air ke longkang ke sebelahan jalan .
e) Jalan rosak pada persimpangan adalah disebabkan oleh air melimpah dan juga oleh lori-lori dari loji pembersihan pasir didalam kawasan itu .
f) Juta Permai telah menyewakan tanah kepada pengusaha loji pembersihan pasir tersebut .
g) Pihak Worldwide bersedia untuk menyiapkan bahagian jalannya dengan seberapa segera yang boleh .
h) Pihak Juta Permai hanya mampu meyiapkan skop kerja bahagian jalannya pada Disember, 2010.

Berikut adalah beberapa keputusan penting lawatan tersebut.

- Juta Permai setuju untuk membina interlocking pada persimpangan itu Cakerawala,oleh kerana pengunaan jalan tersebut oleh kenderaan berat. Kerja ini akan dibuat dalam masa satu minggu dari tarikh lawatan ini .
- Juta Permai juga akan bersihkan kawasan pesimpangan itu dengan segera.
- Operasi Loji pembersihan pasir akan dihentikan segera sehingga masalah perparitan diselesaikan . Juta Permai akan mengeluarkan notis kepada pengusaha loji tersebut dengan segera.
- Juta Permai perlu membuat perparitan agar air tidak melimpah ke jalan. Sementara perparitan disiapkan Juta Permai perlu mencadangkan penyelesaian untuk mengawal air perparitan agar tidak melimpah .
- Suatu mesyuarat akan dipanggil pada minggu depan oleh MBSA untuk membincangkan perkembangan kerja dan mendengar cadangan Juta Permai.