LAWATAN ADUN KOTA DAMANSARA KE PPR SEK 8

pprt sek 8 complain 035.jpg

Pada pagi ini, berikutan pelbagai aduan yang diterima oleh pejabat ADUN Kota Damansara dari penghuni Blok A dan B PPR seksyen 8, ADUN Dr.Nasir Hashim bersama ahli Majlis MBPJ Encik Pannerselvam , Pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan harta, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kejuruteraan, Kontraktor penyelenggaraan, Persatuan Penduduk dan seramai 50 penghuni Blok A telah mengadakan lawatan tapak Blok A PPR seksyen 8.

pprt sek 8 complain 029.jpg
pprt sek 8 complain 021.jpg

Sejak pentadbiran di Kota Damansara diambil alih oleh ADUN Dr.Nasir Hashim dalam pilihanraya lepas, penghuni PPR seksyen 8 telah membuat banyak aduan berkenaan masalah penyelenggaraan bangunan, masalah sampah, masalah pembentungan, masalah air dan banyak lagi.
Sehubungan dengan itu, pejabat ADUN bersama Ahli Majlis telah banyak kali membawa perkara ini kepada pihak MBPJ. Namun sikap MBPJ yang melepaskan tanggungjawab kepada Pengurusan baru ‘Melati Evergreen’ tidak menyelesaikan masalah penghuni di sini. Akibat tidak sanggup bertahan lagi, seramai 50 penghuni blok A dan B telah mengadu ke pejabat ADUN pada minggu lepas.

pprt sek 8 complain 009.jpg

Dalam lawatan pagi tadi,para penghuni yang diketuai oleh Sdri Suba telah menunjukkan tempat letak kereta yang dijadikan tempat membuang sampah kerana ketiadaan tong sampah dan sampah sarap yang dibuang di kawasan lif . Para penghuni juga telah mengadu masalah nyamuk akibat takungan air dan samapah di rumah –rumah kosong dan bau busuk akibat paip pembentungan najis yang sudah pecah.
Malah setiap hari mereka terpaksa tunggu berjam-jam untuk menggunakan lif. Ini kerana hanya satu lif daripada 3 lif sahaja yang berfungi dan lif ini pula tidak ada lampu selama dua bulan. Bukan sahaja di dalam lif malah di tangga dan kaki lima juga tidak ada lampu. Akibatnya . Gadis-gadis remaja dan wanita sering menjadi mangsa segelintir lelaki.
Sebanyak 300 keluarga menggadai nyawa setiap kali menggunakan tangga. Ini kerana ada tangga yang tiada pagar pancang dan jika adapun sudah reput. Tidak ada satu alat pemadam api pun di bangunan lapanbelas tingkat itu. Pili bomba yang ada sudah berkarat dan tidak boleh berfungsi lagi. Para perwakilan juga diberitahu rumah pam air di blok B menjadi tempat permainan kanak-kanak kerana tiada pintu.

pprt sek 8 complain 094.jpg

Para penghuni blok A juga telah menunjukkan longkang tersumbat yang diakibatkan oleh hakisan tanah daripada tapak pembinaan berdekatan. Jika berhujan, jalan-jalan, tempat letak kereta dan bawah bangunan dipenuhi lumpur kerana saluran air di kawasan tapak pembinaan tersebut.
Dr.Nasir yang mengetuai lawatan tersebut telah mempersoalkan peranan MBPJ yang sepatutnya membuat pemantauan dengan kerap tetapi melepaskan tanggungjawab kepada pengurusan baru dan membiarkan projek pembinaan yang melanggar syarat-syarat masih diteruskan.

Dr.Nasir juga menegaskan bahawa MBPJ harus peka kepada masalah penghuni di PPR dan mengikut jadual pemantauan secara konsisten. Pejabat ADUN bersama Ahli Majlis juga akan mengadakan pemantauan dari masa ke semasa ke PPR seksyen 8 dan memastikan kebajikan penghuni tidak diabaikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.