JAMUAN HARI RAYA DEEPAVALI MERIAH DI KOTA DAMANSARA

3th Oktober, 2009.
Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya telah diadakan dengan jayanya di Dataran Kampung Melayu Subang Tambahan di Kota Damansara pada hari ini. Seramai lebih 3000 orang telah menghadiri jamuan hari raya kali ini .
Jamuan ini telah dianjurkan bersama Pejabat ADUN , Majlis Perwakilan Penduduk MBSA, Zon 17 dan Zon 18 dan Persatuan Penduduk Kampung Melayu Subang Tambahan. Majlis yang telah bermula pada jam 12.30 tengahari , menyajikan pelbagai jamuan kepada para hadirin . Diantaranya nasi ayam, cendol , satay, keow teow , Lemang ,Lontong ,roti canai dan sebagainya .
Selain daripada jamuan , para hadirin juga telah diperkenalkan kepada perjuangan rakyat untuk perumahan. Hari Isnin pertama bulan Oktober adalah sambutan Hari Habitat Sedunia . Satu pameran yang telah diadakan mengenai perjuangan peneroka Bandar dan ladang yang PSM pernah terlibat .
Diantara hadirin ialah Setiausaha Agung PSM , Sdr.Arulchelvan ( Ahli Majlis MPKajang), V.Selvam ,Ahli Pusat ,Ahli Majlis MBPJ , Teresa Kok, Exco Kerajaan Negeri Selangor , Ahli Majlis MBSA, Sivarajan dan James Ng dan wakil Ahli Parlimen Subang , Sdr.Peter Chong.