PARTI SOSIALIS MALAYSIA BERSAMA PAKATAN RAKYAT DI BAGAN PINANG

29hb.Sept,2009. Batu9, Telok Kemang .

Malam ini kepimpinan Parti Sosialis Malaysia bersama dengan jentera pilihanraya kecil PSM telah bersama kepimpinan PR ,mengalu-alukan pengumuman calon pilihanraya kecil Bagan Pinang , PAS, Zulkefly Mohamed. Sejak tahun 1993 , aktivis PSM telahpun bergiat di ladang –ladang di Negeri Sembilan berkempen untuk pembangunan kemudahan sector ladang dan kebajikan warga pekerjanya .

Ladang –ladang di kawasan Bagan Pinang pernah dilawati beberapa kali oleh PSM semasa kempen tersebut dan juga semasa kempen gaji minima pekerja ladang pada tahun 1999. Kini PSM akan membantu calon PAS, selain daripada kawasan lain , berkempen di kawasan ladang semasa kempen 8 hari ini .

Diantara kepimpinan yang akan turun ialah Dr.Nasir Hashim , Pengerusi PSM , Dr.Kumar , Ahli Parlimen Sg.Siput dan juga Sdr Arulchelvam Setiausaha Agung PSM sepanjang minggu kempen tersebut.