Warga Kota Damansara yang di hormati. Terima kasih kerana mengundi untuk perubahaan dalam Pilihrnraya Umum ke-12 yang lepas. Saya mengucapkan terima kasih keatas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menerajui segala pembangunan dan kebajikan di Kota Damansara. Saya berjanji akan berusaha untuk melaksanakan segala perancangan yang di bentangkan dalam manifesto kami demi kesejahteraan bersama. Kota Damansara akan berubah! Selangor akan berubah.
Saya berharap, rakyat Kota Damansara akan bersama kami membina kuasa rakyat demi memperjuangkan suatu system baru yang telus, adil dan saksama.
Dr.Nasir Hashim
Suatu seminar bimbingan untuk pelajar PMR dan SPM telah berjya diadakan di Akademi Hevea,Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada hari Ahad ini. Seramai 120 orang pelajar dari sekitar Kota Damansara telah menghadiri seminar ini yang diadakan khusus untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.
Read more...Sejak bulan Julai, 2008 yang lalu keadaan di Kampung Baru Sg.Buloh amatlah tegang. Ini terjadi kerana para penduduk Kg.Baru ini tidak puashati individu yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengetuai JKKK kampong ini. Orang yang dilantik ini dipercayai bekas orang MCA, Barisan Nasional yang telah bertukar ke kem PKR selepas PRU12,bulan Mac lalu.
Read more...
Dr. Nasir bersama 'team' nya, iaitu Mohan, Selvam (Ahli Majlis Petaling Jaya) dan Sivarajan (Ahli Majlis Shah Alam) telah membuat pantauan terhadap lori-lori yang membuang sampah di suatu kawasan di Ara Damansara, iaitu bekas tapak Kg.Tropicana.
Read more...
Suatu sesi dialog diantara penduduk Kg.Melayu Subang dan ADUN Kota Damansara telah diadakan di Dewan MBSA Kg.Melayu Subang pada 27hb.Julai ,2008. Seramai 200 penduduk Kg.Melayu telah menghadiri sesi untuk berinteraksi terus dengan ADUN meluahkan masalah mereka .
Di antara isu kawasan yang dibincangkan adalah seperti berikut:
Sejak 8hb.Mac, 2008, Dr. Nasir Hashim, ADUN Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah turun padang dengan serta merta menyelesaikan masalah rakyat, Semua isu dan masalah yang di notakan semasa kempen pilihanraya, beliau telah berusaha sebanyak yang mungkin untuk menyelesaikannya selama 100 hari yang pertama ini,
Berikut adalah beberapa pencapaian dan aktiviti Dr. Nasir Hashim sejak
8hb,Mac, 2008 yang lalu sehingga 19hb.Jun,2008,
Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara memberi amaran kepada kontraktor Wijaya Baru yang mengendalikan projek penebatan banjir, supaya jangan membuang tanah dimerata tempat di Kota Damansara dengan tidak tanpa bertanggungjawab. En. Chang Wie Yen Project Manager yang hadir dimesyuarat di tapak projek itu bersama Dr, Nasir memberikan keterangan bahawa, Wijaya hanya membenarkan pembuangan pasir di satu tempat sahaja iaitu, Pekan Subang.

Dalam sesi dialog yang diadakan bersama penduduk dan penjaja pasar Pekan Subang, Dr.Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara memberitahu bahawa beliau telah mengadakan berbincangan bersama MBSA dan pemaju tapak pasar tersebut Gaya Irama, 3 minggu yang lalu .
Selepas dua tahun terbengkalai sejak tahun 2006, kini pemaju memberikan kepastian bahawa pasar akan dibina dalam masa 10 bulan. Dr.Nasir memberitahu bahawa beliau dengan bantuan MBSA akan memantau kemajuan kerja pemaju. "Tetapi hari ini nampaknya, kerja masih tidak berjalan lagi, saya amat tidak berpuashati dengan pemaju Gaya Irama!"
Read more...
Dr. Nasir, ADUN Kota Damansara telah mengadakan suatu mesyuarat khas bersama PKNS membincangkan masalah yang dihadapi oleh penduduk rumah pangsa kos rendah terutamanya di Seksyen 7, 6 dan 4 Kota Damansara.
Read more...10 April, 2008 - Pada hari ini, delegasi yang diketuai oleh Dr.Nasir, ADUN sosialis Kota Damansara telah berjumpa dengan Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi. Dr. Nasir telah mengutarakan kebimbangannya terhadap kenaikan kejadian jenayah di Kota Damansara.
ACP Arjunaidi telah memberikan penerangan bahawa, sememangnya Kota Damansara sebagai suatu kawasan yang berkembang pesat,sememangnya akan memperlihatkan kenaikan dalam kes jenayah. Dr.Nasir menekankan bahawa bilangan balai, pondok ataupun bit polis di Kota Damansara amatlah kurang.
Read more...
Dr. Nasir Hashim the socialist candidate for Kota Damansara today launched a program Soalan Rakyat Kota Damansara to enable residents of Kota Damansara to send questions and proposals to be brought up during the State Assembly sitting.
Read more...